Neelofa: Tiada Siapa Paksa Saya Untuk Berhijab
KL, 2 JULAI 2014: Pengacara dan pelakon, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 25, akui tiada siapa mempengaruhinya dalam membuat keputusan untuk berhijab dan berhijrah, sebaliknya, Neelofa berkata ianya satu penghijrahan yang ikhlas dari hatinya.
“Alhamdulillah akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah ragu-ragu tetapi inilah yang saya inginkan dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung.
“Tiada sesiapa pun yang paksa atau mencadangkan saya supaya bertudung tapi memang saya sendiri dah lama fikirkan tentang perkara ini.
“Penghijrahan ini ikhlas dan saya lakukan dengan rela hati. Mengapa saya mengambil keputusan ini biarlah saya sahaja yang tahu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai imej terbarunya kepada Astro Gempak.
Menurut pengacara program MeleTop itu lagi, dia mula berhijab pada hari kedua Ramadan dan nekad bertudung selepas sekian lama mencari jawapan untuk perubahan diri yang lebih baik.
“Insya-Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru. Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya, malah mereka adalah pembakar semangat saya.
“Saya juga berharap agar masyarakat di luar sana terus mendoakan dan menyokong saya. Kepada yang sentiasa memberikan sokongan, terima kasih dan saya menghargainya,” ujarnya.
Jurucakap beberapa produk dan pengurus rangkaian perniagaan sendiri ini juga turut mengakui ada menghadiri kelas agama dan majlis ilmu untuk memperbaiki diri.
iskandarX: Sepatutnya dari dulu lagi berhijab, lebih cantik lagi cun.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.