Amy Search Akui Tak Menyesal Maki Nabila Huda

Amy Search Akui Tak Menyesal Maki Nabila Huda

Amy Search Akui Tak Menyesal Maki Nabila Huda


KL, 3 JULAI 2014: Penyanyi lagenda rock, Amy Search akui tidak menyesal melemparkana kata-kata kesat ke dalam entri komen foto anaknya, Nabila Huda bersama kekasih ketika sedang bercuti di laman sosial Instagram baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut laporan portal Malaysian Digest, Amy Search bertanggungjawab atas tindakannya itu.

“Saat pihak media bertanyakan pada saya tentang hal dia itu dan berkait pula dengan agama, jantung saya seperti terhenti sekejap. Saya macam hilang akal, saya hilang pertimbangan. Saya tersentak sekejap.

"Namun, saya tak menyesal muat naik status itu. Malah saya rasa bertanggungjawab terhadap status itu. Tapi selepas ini, saya minta media jangan lagi cari dan bertanya kepada saya tentang isu yang mengaitkan dia. Selepas ini saya tak mahu lagi memberi apa-apa komen yang mengaitkan kontroversi dia.

"Saya dah bosan. Setiap kali isu pasal dia, saya yang kena jawab. Selepas ini, kalau anda semua hendakkan penjelasan tentang apa jua isu yang mengaitkan dirinya, tanyalah tuan badan sendiri. Saya percaya dia sudah cukup dewasa dan dia perlu bertanggungjawab dengan apa saja yang dilakukan,” katanya kepada portal Malaysian Digest semalam.

Penyanyi itu diminta mengulas mengenai komen yang dimuat naik dalam entry gambar Nabila Huda bercuti bersama kekasih di Instagram serta kontroversi apabila ada seorang pengikut Nabila di Instagram telah menyarankan pelakon itu supaya menganut agama Kristian gara-gara gambar percutiannya.

Berang dengan hal tersebut, Amy telah memerikan komen pada entry berkenaan. Lagenda rock tanah air ini bertindak seolah-olah melepaskan geram ekoran sikap anaknya itu yang seperti tidak mahu bertanggungjawab dengan kontroversi yang dicetuskannya sendiri.

Melihat status makian dengan satu perkataan kesat dan ia ditujukan kepada Abil, ramai yang tidak percaya bahwa status tu ditulis oleh Amy sendiri kerana selama ini dia seorang bapa yang sangat tenang meskipun acapkali diasak dengan pelbagai soalan berkaitan dengan Nabila.

Dalam masa sama, Amy memberitahu dia sudah lama tidak berjumpa dengan Abil apatahlagi berhubung menerusi telefon.

iskandarX: Kewibawaan seorang bapa jangan di cabar.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers