Nora Danish Dihentam Lagi Kerana Gambarnya Dengan Nedim Di Bulan Puasa?

Nora Danish Dihentam Lagi Kerana Gambarnya Dengan Nedim Di Bulan Puasa?

Nora Danish Dihentam Lagi Kerana Gambarnya Dengan Nedim Di Bulan Puasa?


Artikel Sumber era FM
Foto kredit Instagram Nora Danish

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2014: Siapa tak kenal dengan selebriti wanita yang hot jelita Nora Danish yang juga antara artis paling berpengaruh di laman instagram.

Baru saja reda kes berbangkit antara Nora, Fasha Sandha dan juga bekas suaminya Jejai, timbul pula cerita terbaru. Terutama sekali bila aktivitinya di bulan Ramadan yang mulia ini, Nora Danish tak putus-putus berkongsi bersama peminat, aktiviti hariannya termasuklah kegiatan ibadahnya di laman instagram.

Dek kerana terlalu aktif mengemaskini aktiviti sampai terlupa, ada gambar yang mungkin dianggap serong oleh peminat malah haters yang akan cuba mengorek kesalahan artis mereka.

Baru-baru ini, Nora yang seakan tak kisah tentang hubungannya bersama Nadeem, telah memuat naik aktiviti memasak bersama Nadeem di dapur rumahnya dengan kapsyen “Preparing for berbuka. Ned vs. Nora” telah mengundang pelbagai komen yang rata-rata tak puas hati dengan aktiviti mereka memasak bersama.

Tak kurang juga ada yang mendoakan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Memang pelbagai spekulasi yang timbul kalau gambar membuktikan betapa mesranya mereka, hingga niat sebenar Nora Danish adalah untuk berbuka bersama keluarga, kerana selepas beberapa lama kemudian, Nora memuat naik lagi gambar masakan yang siap dihidangkan oleh kekasihnya dan bersedia untuk berbuka bersama keluarga.

Mungkin dengan harapan dapat menerangkan kepada peminatnya yang mereka bukan tinggal bersama seperti yang dikritik di dalam gambar sebelum ini.

Hai...begitulah nasib kalau jadi artis, buatlah apa pun, akan ada ramai yang menghentam dan kalau bernasib baik, ramai yang akan mendoakan kebahagiaan.

Walaubagaimanapun, Nora Danish nampaknya lebih senang buat tak tahu daripada melayan komen-komen pedas pengikutnya. Apa yang penting, masing-masing kena muhasabah diri dan saling menghormati di bulan yang mulia ini.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers