Isteri Mahu 'Honeymoon' Dahulu Sebelum Ada Anak - Jehan Miskin
KUALA LUMPUR, 26 JUN 2014: Pelakon Jehan Miskin akui masih berada dalam 'mood' berbulan madu walaupun sudah satu tahun mendirikan rumah tangga.
Menurut Jehan dia dan isterinya Julie Camelia Rhee yang merupakan warga Korea itu sedang menikmati kehidupan berumah tangga.
"Saya gembira dengan 'marriage life' saya... Sehinggakan berat badan saya naik beberapa kilo.
"Saya sendiri tak sedar berat badan naik, tetapi selepas ditegur peminat di Instagram baru saya perasan", kata Jehan ketika ditemui pada majlis pra pelancaran Seludup di Restoran Serai Kuala Lumpur, petang Rabu.
Apabila ditanya mengenai cahaya mata, aktor itu berkata dia akur dengan kehendak isterinya yang masih belum bersedia untuk mempunyai anak buat dalam waktu terdekat.
"Isteri saya mahu menikmati masa bersama sebagai suami-isteri sebelum bersedia menggalas tanggungjawab bergelar seorang ibu.
"Dia nak kami berbulan madu dahulu dan saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu.
"Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama," katanya.
Tambah Jehan lagi sejak mendirikan rumah tangga Mei lalu dia juga semakin serasi dengan budaya negara Korea sejak mengenali keluarga sebelah isterinya.
"Alhamdulillah setakat ini saya seronok mengenali budaya mereka di sana. Isteri saya pula keluarganya bukan di Korea sahaja, di Jepun pun ada.
"Saya rasa bertuah kerana dapat belajar budaya masyarakat Korea dan Jepun dalam masa yang sama," katanya yang baru pulang dari dua negara tersebut melawat keluarga Julie.
Sebelum mengakhiri perbualan Jehan berkata dia akan cuba untuk pulang ke Korea dan Jepun setiap tahun.
iskandarX: tunggu apa lagi...?
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.