Adegan Mesra Maya Karin & Farid Kamil Hanya Atas Dasar Kerja
KUALA LUMPUR, 26 JUN 2014: Sebelum ini, timbul kontroversi di mana Diana Danielle telah memberi respons berbaur amaran terhadap aktres Nora Danish terhadap isu gambar mesra melibatkan suaminya Farid Kamil dan aktres cantik itu.
Tetapi ini bukanlah bererti tiada lagi kelibat Farid membintangi filem dengan heroin lain selain isterinya itu.
Terbaru, Maya Karin adalah seorang lagi aktres jelita yang bakal bergandingan dengan Farid Kamil menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3).
Namun bagi Maya, respons Diana Danielle itu langsung tidak menimbulkan rasa bimbang kepada aktres jelita berdarah kacukan Melayu – Jerman itu.
Menurut Maya, jalan cerita kali ini tertumpu pada kisah percintaan tiga pasangan termasuklah wataknya bersama Farid. Jadi tentunya banyak adegan intim antara mereka.
Mengulas mengenai isu tersebut Maya berkata, dia tidak takut atau bimbang.
Sebaliknya sebagai seorang pelakon dia bersikap profesional dan sentiasa tahu akan batas-batas pergaulan mahupun tuntutan menjayakan sesuatu watak.
“Sudah tentu untuk watak bersama hero saya, akan ada watak berpegangan. Tapi itu semua atas dasar kerja dan untuk menjayakan watak. Dan saya tak pernah melampui had. Jadi saya tak rasa takut (tentang isu Diana tidak puas hati)“, katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem ‘Lagenda Budak Setan 3‘ (LBS3) dan Kad Amal Redbox bertempat di Redbox Sogo, Kuala Lumpur, semalam.
Tambahnya lagi, lakonan kali ini memerlukan penjiwaan emosi yang sangat banyak.
“Watak saya memang banyak bernain dengan emosi dan perlu banyak menangis. Tidak saya nafi watak kali ini buatkan saya penat,” katanya lagi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.