Belum Habis Pantang, Lisdawati & Bayi Hadiri Pelancaran Kosmetik

Belum Habis Pantang, Lisdawati & Bayi Hadiri Pelancaran Kosmetik

Belum Habis Pantang, Lisdawati & Bayi Hadiri Pelancaran Kosmetik


KL, 26 JUN 2014: Seperti baru sahaja mendengarkan tentang berita kelahiran cahayamata ketiga pasangan Lisdawati dan Fauzi Nawawi beberapa minggu lalu apabila Ahmad Nur Fyrdaus selamat dilahirkan aktres tersebut di Hospital Selayang.

Ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran kosmetik Airish Miracle pada Isnin lalu di Hotel Royale Chulan, media dan tetamu dikejutkan dengan kehadiran Lisdawati bersama anaknya yang berusia kurang dari sebulan itu.

Masih dalam tempoh pantang selama 44 hari itu, Lisdawati memohon agar kehadirannya di majlis itu tidak dijadikan isu kerana dia punya alasan sendiri.

“Jangan tanya soalan kenapa saya datang atau langgar pantang, saya datang adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada majlis ini dan pengasasnya.

"Sebelum ini ketika sarat mengandung saya ada juga datang untuk memeriahkan perlawanan boling yang dianjurkan mereka dan hari ini juga saya hadir dengan tujuan yang sama," penjelasan Lisdawati ketika ditemui pada majlis pelancaran Kosmetik Fesyen Pertama Malaysia, Airish Miracle.

Kebiasaan tempoh pantang memakan waktu selama 44 hari namun belum pun cukup tiga minggu, Lisdawati telah dilihat menghadiri majlis bersama-sama bayi yang baru dilahirkannya itu. Padanya, walaupun berada diluar dia tetap menjaga pantang larangnya sebagai wanita yang baru bersalin cuma dia tidak mahu terlalu mengikut apatah lagi dia merasakan sihat untuk keluar.

"Saya percaya dan mengamalkan berpantang selepas bersalin, malah sejak mengandung saya ada mengamalkan peraturan tertentu terutamanya dalam hal menjaga makan.

"Cuma saya jenis yang suka keluar, bila rasa sihat sedikit saya akan keluar untuk hilangkan rasa bosan kerana duduk di rumah," ucapnya yang akan kembali aktif tidak lama lagi dan tidak akan berehat lama selepas habis tempoh pantang.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers