Farid Kamil: Diana Cemburu Kerana Dia Sayangkan Saya

Farid Kamil: Diana Cemburu Kerana Dia Sayangkan Saya

Farid Kamil: Diana Cemburu Kerana Dia Sayangkan Saya


Sumber oleh Astro Gempak

KUALA LUMPUR, 26 JUN 2014: “Cemburu itu tandanya sayang… Biasalah dalam diri setiap wanita pasti akan terselit sedikit rasa cemburu, itu adalah perkara normal.

“Saya harap mereka faham mengapa Diana membuat tindakan yang sebegitu.

"Saya juga berharap agar mana-mana pihak yang terasa dengan kenyataan isteri saya itu... maafkanlah dia,” begitulah luahan Farid Kamil ketika diminta mengulas mengenai isu isterinya, Diana Danielle yang dikatakan tidak berpuas hati terhadap sekeping foto aktres Nora Danish berpegangan tangan bersama Farid untuk tujuan promosi filem terbaru berjudul ‘Pengantin Malam’.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari berkata dia tidak menafikan bahawa dirinya berasa terkejut sebaik sahaja mengetahui kenyataan yang dibuat oleh isterinya menerusi laman instagram tersebut.

Namun aktor berusia 33 tahun ini bagaimanapun telah memaafkan tindakan isterinya itu.

“Masa mula-mula dapat tahu mengenai perkara ini, memang saya terkejut… Tetapi apa yang saya mahu katakan ialah saya sudah pun memaafkan tindakan isteri saya.

“Biasalah... perkara-perkara sebegini membabitkan perasaan dan hati seorang wanita… Perkara yang terjadi ini hanyalah salah faham kecil dan tidak patut diperbesarkan.

“Saya tidak marah Diana mahupun mempersoalkan tindakannya itu… Ini adalah isu biasa yang sepatutnya tidak menjadi masalah.

“Boleh dikatakan usia perkahwinan kami masih baharu dan saya anggap perkara-perkara yang terjadi ini sebagai sesuatu yang baharu dalam hidup kami,” jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran kad amal dan kad ucapan Hari Raya filem ‘Lagenda Budak Setan 3’ bertempat di Red Box Sogo, Kuala Lumpur pada petang Rabu.

Tambah Farid lagi, pihak pengurusannya telah menguruskan isu ini dengan baik malah aktor tinggi lampai ini juga mengesahkan bahawa hubungan diantara isterinya dan Nora Danish tidak mempunyai sebarang masalah.

Minggu lalu, isteri kepada pelakon Farid Kamil, Diana Danielle telah memuat naik status bernada cemburu terhadap sekeping foto pelakon Nora Danish bersama suaminya namun tindakannya itu telah memakan diri apabila mengundang pelbagai reaksi masyarakat sehingga mencetuskan kontroversi.

Status tersebut bagaimanapun telah dipadamkan oleh Diana.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers