AIM Kenakan Syarat Baru Untuk Tahun 2015

AIM Kenakan Syarat Baru Untuk Tahun 2015

AIM Kenakan Syarat Baru Untuk Tahun 2015


KUALA LUMPUR, 27 JUN 2014: Anugerah Industri Muzik (AIM) bakal mengenakan syarat baru kepada setiap pencalonan bermula tahun 2015.

Syarat baru tersebut adalah semua pencalonan hanya terbuka kepada ahli RIM dan Recording Performance Malaysia Berhad (RPM) sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM, Encik Rosmin berkata secara tidak langsung syarat baru yang itu dikenakan dapat memudahkan artis untuk mendapatkan wang royalti.

“Bagi tahun ini tiada sebarang perubahan dari segi syarat, kriteria mahupun kategori, namun bermula tahun 2015, semua pencalonan AIM hanya terbuka kepada ahli RIM dan RPM sahaja.

“Namun pencalonan juga masih lagi sama iaitu lima calon bagi setiap kategori. Akan tetapi, jika juri rasa yang layak hanya tiga sahaja, maka ia akan tetap kepada tiga. Bagaimanapun, misalnya jika tidak ada yang dirasakan layak tercalon, maka kategori itu akan digugurkan,”katanya kepada murai.com.my.

Rosmin ditemui ketika pelancaran AIM  edisi ke-21 yang berlangsung di KL Live @ Life Centre kelmarin.

Ditanya sama ada syarat baru yang dikenakan RIM ada kaitan dengan krisis atau konflik yang melanda antara RIM dengan PRISM sebelum ini berhubung isu royalti, Rosmin menafikan sekeras-kerasnya mengenai perkara tersebut.

“Isu berkaitan PRISM, itu sebenarnya adalah pilihan yang terletak di tangan artis sendiri. Apa yang RIM lakukan sebelum ini adalah untuk kepentingan para artis juga dari segi kutipan royalti. Kutipan yang kita buat juga melebihi RM2 juta serta diagih-agihkan kepada ahli yang berdaftar dan ini banyak memberi kebaikan kepada ahli.

“Apapun, mereka mempunyai kebebasan untuk memilih. Tapi jika mereka tidak berdaftar dengan RPM, mereka tak boleh dicalonkan untuk AIM akan datang sebab memang syarat yang dikenakan memerlukan seseorang itu berdaftar di bawah RIM dan RPM,” jelas Rosmin lagi.

Bagi pencalonan untuk AIM 21, ia terbuka untuk lagu atau album dalam bahasa Malaysia dan Inggeris yang telah dikeluarkan dalam Malaysia dari 1 Julai 2013 hingga 30 Jun 2014. Tempoh pencalonan dibuka bermula pada hari Rabu, 25 Jun 2014 dan akan berakhir pada hari Khamis, 7 Ogos 2014 jam 5.00 petang. Borang pencalonan telah diedarkan kepada semua ahli RIM dan juga boleh dimuat turun di www.aim.org.my.

Berikut merupakan senarai penuh 20 kategori anugerah yang dipertandingkan pada AIM 21 :

1. Artis Baru Terbaik

2. Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki)

3. Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita)

4. Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Berkumpulan)

5. Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik di Dalam Lagu (KATEGORI BARU)

6. Kulit Album Terbaik

7. Rakaman Album Terbaik

8. Video Muzik Terbaik

9. Lagu Pop Etnik Terbaik

10. Lagu Nasyid Terbaik

11. Lagu Rock Terbaik

12. Lagu Pop Terbaik

13. Lagu Hip Hop Terbaik

14. Lagu Bahasa Inggeris Tempatan Terbaik

15. Lagu Bahasa Melayu Terbaik yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara

16. Anugerah Kembara

17. Anugerah Sri Wirama

18. Sususan Muzik Terbaik di Dalam Lagu

19. Lagu Terbaik

20. Album Terbaik


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers