Adira Pendam Hubungan Cinta, Belum Sedia Umumkannya
KUALA LUMPUR, 27 JUN 2014: Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira yang berasal dari Sabah lebih rela menyimpan hal peribadi terutama kisah cintanya namun jika perlu, barulah dia akan mengumumkannya kepada media dan peminat.
“Saya takut orang jelak dan menyampah dengan kisah cinta saya dan kebanyakan orang seperti sudah tahu jadi tak perlu diperbesarkan lagi,” ujarnya di majlis sidang media pelancaran album Adira-Dewi Cinta di Saloma Bistro.
Menurutnya lagi, dia seorang yang berterus terang sekiranya sedang dilamun cinta tetapi ianya masih belum sahih dan perlu mengambil masa untuk mengumumkannya.
Dalam pada itu, Adira berasa syukur dengan pelancaran album sulungnya yang sudah dia nantikan selama lebih 4 tahun selepas bergelar naib juara Akademi Fantasia Musim ke 8.
“Pelancaran album ini ditangguhkan selama sebulan atas sebab-sebab tertentu dan saya rasa amat bersyukur sangat kerana album ini dapat dilancarkan sebelum Ramadan dan Syawal,” katanya.
Walaupun lambat untuk menghasilkan album ini, kebanyakan lagu-lagu dipilih bersifat kepada kisah cinta dan sayang dan mengambil masa yang lama untuk memilih lagu yang sesuai
Dewi Cinta mengandungi 10 buah lagu, 5 lagu lama dan 5 baru daripada hasil komposer terkemuka tanah air. Antara judul lagu Dewi Cinta, Hilang, Ku Bawa Cintamu, Ombak Rindu, dan Ku Ada Kamu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.