Jejai Mohon Hentikan Kisah Penceraiannya Dengan Nora Danish
KUALA LUMPUR, 27 JUN 2014: Setelah 6 tahun berahsia akhirnya suami Fasha Sandha, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai mendedahkan punca penceraiannya dengan aktres Nora Danish bukan berpunca dari isterinya, Fasha Sandha.
“Bercerai atas kehendak dan kemahuan saya, Fasha Sandha bukanlah penyebab penceraian itu, ianya telah ditentukan dan tiada apa yang boleh untuk diperbetulkan lagi,” katanya.
Menurutnya lagi, dia memohon kepada semua pihak agar hentikan sebarang spekulasi dan panjangkan isu tersebut itu komen yang diberikan dalam Instagaram milik Fasha baru-baru ini.
Jejai berkata, pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Fasha membuatkan dirinya terpaksa menjelaskan keadaan sebenar.
Fasha juga telah menegur segelintir pengikut Instagram miliknya yang memberi pelbagai komen apabila dia tidak memuat naik gambarnya bersama mentuanya.
Pengikut Instagram itu membandingkan Nora yang memuat naik pelbagai foto dengan bekas keluarga mentua pada acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2014 yang berlangsung baru-baru ini.
Fasha mempersoalkan kenapa dia dibandingkan dengan Nora selain berasa terguris dengan komen-komen berkenaan.
Jejai memahami situasai itu, bercerai dengan Nora dan kemudiannya berkahwin dengan Fasha membuatkan isterinya dianggap sebagai perosak rumahtangganya sebelum ini.
"Fasha ada hak berbuat demikian. Dia yang menanggung segala tuduhan selama ini dan bersabar.Tetapi kesabarannya juga ada had.
"Saya memohon maaf kepada semua kerana disebabkan sayalah punca semua ini terjadi," ujarnya.
Jejai dan Fasha mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012.
Jejai bercerai dengan Nora pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.