Ernie Zakri Rasa Terpinggir Dalam Industri Hiburan

Ernie Zakri Rasa Terpinggir Dalam Industri Hiburan

Ernie Zakri Rasa Terpinggir Dalam Industri Hiburan


KUALA LUMPUR, 26 JUN 2014: Juara Bintang RTM 2009 Ernie Zakri atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri akui rasa terpinggir di industri hiburan tanah air walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.

Album pyang berjudul Sinaran turut dihasilkan namum namanya masih tidak dikenali dan tidak tahu apa puncanya.

“Saya agak rasa terkilan dengan apa yang berlaku namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk  terus menyanyi dan berkarya demi peminat muzik tempatan,” katanya ditemui Murai di Coffee House Cititel Hotel.

Menurutnya, kemungkinan juga dia tidak dikenali disebabkan dia memberi fokus kepada pengajiannya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Muzik dan Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang kini merupakan pelajar tahun akhir.

“Sekarang ini saya sedang menjalani latihan indusrti (praktikal) di Istana Budaya selama 1 bulan bermula bulan ini, setelah tamat praktikal itu maka tamatlah pengajian saya di UiTM,” katanya.

Ernie turut berkata dia mempunyai perancangan untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang muzik di luar negara sama ada Australia atau United Kingdom namun ianya bergantung kepada tawaran biasiswa yang ditawarkan.

Selain itu, penyanyi itu turut akui mempunyai pertalian persaudaraan dengan penyanyi terkenal iaitu Ziana Zain dan Anuar Zain namun itu semua tidak membantunya untuk dikenali secara meluas.

“Saya kena usaha sendiri, dan amat tidak wajar menggunakan nama mereka berdua untuk meraih populariti, bagaimanapun saya amat berbangga dengan pencapaian Ziana Zain dan Anuar Zain yang terus utuh di hati peminat.

Ernie baru sahaja melancarkan single terbaru Sedetik Cinta ciptaan Puteri Cahaya merupakan sebuah lagu moderate yang hanya mengambil masa satu setengah jam untuk selesaikan rakaman.

iskandarX: Haaa lama tak nampak awek nie kan?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers