Nora Danish Kunci Mulut Isu Pegang Tangan

Nora Danish Kunci Mulut Isu Pegang Tangan

Nora Danish Kunci Mulut Isu Pegang Tangan


KUALA LUMPUR, 27 JUN 2014: Demi menjaga nama serta perasaan pihak-pihak tertentu, Nora Danish mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan lagi krisis yang melibatkan dirinya dengan beberapa pihak.

Dia yang ditemui di majlis pelancaran Nora Danish for Fashion Valet semalam dikejar media untuk mendapatkan komen namun bertindak untuk mengunci mulutnya daripada memberikan sebarang kenyataan.

"Nora tak nak mengeluarkan sebarang komen sebab Nora takut apa yang Nora komen akan bercanggah dengan banyak perkara. Ia juga akan membuat benda menjadi lagi teruk, jadi lebih baik Nora tak komen apa-apa mengenai isu ini," tutur Nora sambil mengakui akan lebih berhati-hati selepas ini.

"Sudah tentu Nora akan lebih berhati-hati. Apa yang berlaku adalah pengajaran buat semua orang termasuk juga diri Nora sendiri. Bagi pihak Nora, selepas ini Nora akan lebih berhati-hati dari sudut ketika menjalani sesi fotografi dengan mana-mana pelakon lelaki.

“Jika suami orang, Nora akan pastikan MIG keluarkan borang yang mempunyai syarat atau apa-apa yang perlu ditandatangani supaya semuanya aman dan tiada masalah berlaku," kata Nora lagi.

Sebelum ini juga Nora pernah dikaitkan dengan keretakan rumahtangga seorang aktor kacak.

Perkara tersebut memberikan persepsi yang kurang enak tentang dirinya dan menyebabkan dia telah dilemparkan dengan pelbagai tohmahan.

Nedim juga turut berasa terkilan dengan kontroversi yang berlaku terhadap dirinya.

"Tidak dinafikan Nedim rasa terkejut dan terkilan dengan isu yang timbul, tetapi kami ambilnya secara positif dan anggap ia sebagai satu cabaran serta dugaan. Bayangkan, sebelum ini apabila tak beritahu saya ada teman lelaki, orang akan kaitkan saya bercinta dengan pelakon itu dan pelakon ini. Tapi bila dah beritahu pun, orang masih tetap mengaitkan saya," tutur Nora mengenai perkara tersebut namun yakin dia berada di pihak benar.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers