Azwan Kombos Enggan Dikaitkan Dengan Nad Zainal Lagi!
Sumber Mstar Online
KL, 26 JUN 2014: Selepas dilaporkan berpisah dua bulan lalu, bekas kekasih Nad Zainal, Azwan Kombos telah dituduh cuba mengganggu bekas teman wanitanya itu. Namun pendatang baru dunia lakonan itu menegaskan tidak pernah menggangu bekas teman wanitanya itu seperti mana didakwa oleh aktres tersebut sehingga dia membuat satu laporan terhadapnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, pada Selasa.
Menerusi portal Mstar Online, Azwan menjelaskan mengenai hal sebenar mengenai hubungan mereka. Azwan, 29, berkata, sejak hubungan mereka berakhir dua bulan lalu dia tidak pernah menghubungi atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada wanita berkenaan seperti didakwa oleh pelakon itu.
"Saya pelik kenapa isu ini timbul lagi kerana saya tidak pernah ganggu dia seperti didakwa. Tolonglah jangan kaitkan saya dengan dia lagi.
Nad membuat laporan polis terhadap Azwan pada Selasa.
Dia ada kehidupannya sendiri dan saya sudah pun meneruskan kehidupan saya," katanya kepada wartawan Mstar Online, semalam.
Nad dalam laporan sebuah akhbar mendakwa seorang wanita yang tidak dikenali menghubunginya sebanyak tiga kali dengan menggunakan nombor telefon berbeza dan mengeluarkan kata-kata negatif terhadapnya.
Laporan itu turut menyebut wanita berkenaan mengugut akan mengaibkan Nad kepada wartawan kerana bertindak memutuskan hubungan cinta dengan Azwan.
Pelakon itu curiga dan keliru dengan hubungan wanita terbabit dengan Azwan sehingga sanggup membuat panggilan mengancam dirinya. Bimbang dirinya diancam, Nad terpaksa membuat laporan polis.
Dalam pada itu, Azwan menafikan dia mempunyai kaitan dengan gangguan diterima Nad dan menegaskan tidak mengenali wanita tersebut serta tujuan individu tersebut bertindak sedemikian.
Tegas Azwan, dia juga tidak mengetahui atau dalang disebalik kewujudan laman Facebook yang dibuka oleh seorang individu tidak dikenali bertujuan untuk memburukkan Nad.
"Saya tidak tahu mengenai perkara itu malah tidak kenal siapa wanita yang dimaksudkan menggangu dia (Nad)," katanya.
Sementara itu, Azwan enggan mengulas lanjut mengenai tindakan Nad yang membuat laporan polis terhadapnya kerana tidak mengetahui situasi sebenar wanita berkenaan melakukan laporan itu.
Malah katanya, buat masa ini juga dia tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan sebaliknya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak pengurusannya.
"Saya tidak tahu hendak komen apa mengenai laporan yang dibuat dan akan berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.
iskandarX: Merajuk terus, mau taknya dah la dok merujuk tapi kena di lapor Polis, sentap bro sentap, kalau is pun sentap.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.