Felixia Yeap Tak Sabar Jalani Ibadah Puasa Buat Kali Pertama

Felixia Yeap Tak Sabar Jalani Ibadah Puasa Buat Kali Pertama

Felixia Yeap Tak Sabar Jalani Ibadah Puasa Buat Kali Pertama


Sumber Astro Awani

KUALA LUMPUR, 28 JUN 2014: Personaliti media sosial, Felixia Yeap teruja menjalani puasa pada kali pertama tahun ini dan berharap dapat melakukannya dengan baik.

Felixia atau lebih dikenali dengan gelaran ‘amoi berhijab’ menulis rasa tidak sabarnya itu di akaun Twitter dan Facebooknya.

Felixia sebelum ini sering diperkatakan orang ramai mengenai keputusannya untuk bertudung walaupun belum lagi memeluk agama Islam.

Namun, Felixia dijangka akan memeluk agama Islam secara rasmi pada 5 Ramadan ini sempena ulangtahunnya yang jatuh pada 3 Julai depan.

Bekas model terkenal ini juga turut menyatakan rasa terujanya apabila dapat berselfie bersama penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus dan kecenderungannya mendalami ilmu agama ini dilihat menjadi petanda positif akan penghijrahannya yang sebelum ini mendapat kritikan ramai.

Felixia Yeap Tak Sabar Jalani Ibadah Puasa Buat Kali Pertama

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers