Kris Dayanti Penuh Beremosi Bila Bicara Insiden MH370
Menjadi antara penyanyi terpilih daripada Indonesia yang berjaya menempa nama di persada muzik di negara ini, Kris Dayanti juga telah menganggap Malaysia adalah rumah keduanya kerana keselesaannya ketika berada di Kuala Lumpur khususnya.
Namun, bencana yang menimpa pesawat MH370 sehingga kini dilaporkan masih belum dapat ditemui itu turut membawa kepada kesedihan kepada Kris Dayanti.
Diva pop ini mengakui sering menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) selama 14 tahun berulang alik dari Indonesia ke Malaysia.
Katanya lagi, bukan hanya ke Malaysia sahaja dia memilih MAS tetapi destinasi antarabangsa lain yang dioperasikan syarikat penerbangan negara itu kerana keselesaan yang ditawarkan.
“Memang sejak daripada dulu lagi jika diberi kesempatan saya lebih suka memilih MAS kerana prestasinya yang diketahui bagus dan antara yang terbaik di dunia. Boleh dikatakan sepanjang saya melebarkan sayap karier ke Malaysia, MAS yang akan terbangkan saya dari satu kota ke kota lain.
“Ketika hari kejadian, saya juga mendapat khabar ini ketika masih didalam pesawat tujuan ke Pekanbaru. Saya kesana kerana urusan kerja dan terkejut mendengar berita sedih ini.
“Tidak mampu untuk membayangkan situasi yang pasti menggusarkan semua yang ada didalam pesawat dan salah takziah daripada saya dan ahli keluarga buat keluarga penumpang MH370 dan krew yang terlibat,”ucap Kris Dayanti mengenai kes pesawat MH 370 penuh beremosi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.