Tarik Diri Dari Projek Kahwin, Hanez Suraya Takut Komen Dihentam
Hanez Suraya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai penarikan dirinya daripada teater Projek Kahwin yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun ini.
Malah, Hanez Suraya berkata lebih baik dia mendiamkan diri kerana takut sebarang komen yang diberikan kelak akan dihentam oleh pihak yang kurang senang dengan dirinya.
“Bab-bab itu (tarik diri) tanya pada dia (penerbit). Saya tak mahu komen apa-apa. Harap faham. Esok PC (sidang media) kita tau jawapannya ya.
“Bila saya jawab nanti saya kena hentam, bila diam pun kena hentam. Lebih baik diam dan berserah sahaja,” katanya menerusi aplikasi telefon, Whats App kepada murai.com.my.
Hanez diminta mengulas mengenai isu penarikan diri itu selepas penerbit teater tersbeut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer mengesahkan pelakon itu telah menarik diri dan kemungkinan tempatnya akan digantikan dengan Kilafairy .
Difahamkan pelakon Autumn Dihatiku itu, membuat keputusan menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami itu dikecam.
Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
Tiket untuk menyaksikan pementasan teater itu dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM185 dan RM225 dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi AirAsiaRedTix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.