Bertubi-tubi Jadi Taruhan Krisdayanti Rencana Comeback 2014

Bertubi-tubi Jadi Taruhan Krisdayanti Rencana Comeback 2014

Bertubi-tubi Jadi Taruhan Krisdayanti Rencana Comeback 2014


Cinta dalam dunia seni nyanyian atau di Indonesia dikenali sebagai industri tarik suara membuatkan Krisdayanti tidak teragak-agak untuk tampil semula pada tahun 2014 dengan pelbagai rencana demi comeback yang sekian lama dinantikan ini.

Jika diimbau semula kronologi perjalanan hidup Krisdayanti atau lebih senang disapa KD telah melewati pelbagai cabaran dan pengalaman hidup baik sebelum atau selepas dia mendirikan rumahtangga dengan jutawan Timur Leste, Raul Lemos pada 2010.

Tetapi apa yang mengisi corak kehidupan pelantun lagu Mencintaimu  ini selepas pelbagai dugaan yang bertubi-tubi menghampirinya adalah kebahagiaan yang dikurniakan kepadanya. Dengan ini ia mencetuskan idea buat KD berkongsikan kisah hidupnya beberapa tahun ini dalam single Bertubi-tubi, terbaru daripadanya ciptaan Melly Goeslow.

“Bertubi-tubi itu luas maksudnya kerana pada saya bila kita mencuba dan terus mencuba tanpa henti pasti kita akan mendapat hasilnya kemudian juga tidak berhenti-henti. Dalam hidup saya juga saya menemukan situasi yang sama bila bercakap mengenai rumahtangga dan karier.

“Bila saya diberikan dugaan dan ia datang bertubi-tubi, namun saya cuba tanganinya dengan sebaik mungkin. Saya tidak menyalahkan sesiapa dan hasilnya dalam empat tahun ini saya dikurniakan rahmat daripadaNya tidak berhenti-henti.

“Siapa pernah tahu dahulu saya sudah ‘hilang’ dua cahayamata tetapi syukur kini saya dikembalikan dengan Amora dan Kellen. Begitu juga karier yang memberikan ruang untuk saya kembali menjadikan segalanya mudah jika itu sudah takdirnya,”bicara Kris yang berada di ibu negara untuk sidang akhbar persembahannya di Putrajaya International Convention Centre (PICC) sempena minggu setiausaha April depan.

Selain itu, penyanyi berusia 39 tahun ini turut memberitahu bagaimana dia menentang segala perkara serta cakap-cakap negatif orang tentang dirinya datang bertubi-tubi setelah kisah sensasi perkahwinannya pada 2010 itu menduga orang untuk mengecam perbuataan KD dan suaminya kini.

“Saya bukan orang yang mudah kecil hati dan berprasangka buruk lebih jauh untuk berfikiran negatif kerana bagi saya hanya ada satu ubat yang boleh memulihkan kedukaan ini iaitu dengan cara berfikiran positif.

“Biarlah mereka menghina saya, saya tahu dan saya dengar namun kekuasaan Allah SWT melebihi segalanya. Mungkin daripada penghinaan serta kata-kata kesat itu, dosa saya juga terhapus daripadanya dan sedikit demi sedikit kembali diterima,”ujarnya tenang menjawab kisah panas itu.

Saksikan klip video eksklusif persembahan live oleh Krisdayanti dengan single terbaru, Bertubi-tubi.



Comments

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers