Penarikan Diri Hanez Ditolak, Kongsi Watak Heroin Dengan Kilafairy

Penarikan Diri Hanez Ditolak, Kongsi Watak Heroin Dengan Kilafairy

Penarikan Diri Hanez Ditolak, Kongsi Watak Heroin Dengan Kilafairy


Hanez Suraya mengesahkan dia masih berlakon dalam pementasan teater Projek Kahwin, namun berkongsi watak heroin itu dengan pelakon Kilafairy.

Menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi di Istana Budaya, pelakon itu bagaimanapun ada mengakui yang dia cuba menarik diri dari pementasan tersebut namun permohonannya telah ditolak oleh pihak Istana Budaya.

Bagaimanapun, Hanez cuma akan terlibat dengan empat pementasan sahaja manakala enam pementasan awal teater itu bakal menyaksikan aktres Kilafairy menggantikan watak yang seharusnya dipegang Hanez.

Terdahulu, timbul desas-desus kononnya Hanez telah menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami itu dikecam.

Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers