Diddy Hirdy Seksikan Badan Kerana Bidadari Hati

Diddy Hirdy Seksikan Badan Kerana Bidadari Hati

Diddy Hirdy Seksikan Badan Kerana Bidadari Hati


Selepas lama menghilang kerana melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Utara Malaysia, akhirnya bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat Diddy Hirdy kembali di dalam industri muzik tanah air dengan single terbaru berjudul Bidadari Hati.

Kata Diddy Hirdy, dia sememangnya tidak sabar untuk muncul di khalayak ramai serta menyanyi semula, namun hanya dapat berbuat demikian setelah pengajiannya selesai.

"Sekarang ini, barulah saya boleh all out dengan kerjaya nyanyian saya," kata Diddy Hirdy kepada portal Murai.

Selepas tiga tahun menyepi, penyanyi Akademi Fantasia musim keempat Diddy Hirdy kini muncul kembali aktif dalam industri hiburan menerusi single terbarunya, Bidadari Hati.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Utara Malaysia, Diddy memberitahu ‘kehilangannya’ adalah disebabkan dia ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajiannya.

“Alhamdulillah Diddy pun dah habis belajar, selepas ini bolehlah kembali aktif dalam bidang nyanyian semula. Dan kali ini, untuk Bidadari Hati Diddy betul-betul kerja keras dari mula lagi sehinggalah ia dilancarkan,” katanya pada Majlis Pelancaraan Klip Video Muzik Bidadari Hati yang diadakan baru-baru ini.

Bidadari Hati adalah lagu asal Akid dan Poji sebagai penulis lirik tetapi telah dihasilkan semula oleh Tam Spider mengikut cita rasa serta kesesuaiannya.

Menariknya dalam muzik video Bidadari Hati, Diddy telah memperlihatkan susuk badannya yang semakin maskulin dan ianya kelihatan cukup seksi apabila dia hanya memakai singlet dan seluar pendek berwarna putih di atas katil yang berlatarkan pemandangan pantai.

"Demi Bidadari Hati saya telah mengambil inisiatif untuk mengubah penampilan diri iaitu dengan work out di gim. Lagipun, konsep muzik video Bidadari Hati memang memerlukan saya untuk tampil dengan badan yang sedikit berotot dan maskulin.

"Namun, sebelum mendapatkan badan yang sedikit berotot ini, saya terpaksa turunkan dulu berat badan saya sebanyak 6 kilogram. Tapi, terus terang saya memang segan pada mulanya untuk bersinglet di dalam muzik video itu," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Diddy bakal muncul dalam filem terbarunya berjudul ‘Sunti’ yang dijangka akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini.

Pada April ini juga Diddy akan berlepas ke London bersama Cikgu Syafi dan beberapa pelajar vokal lain untuk mengikuti pengajian Jangka Pendek di Royal College of Music selama sebulan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers