Ziana Zain Bimbangkan Suami Pergi Bekerja
Jika sebelum ini penyanyi tersohor negara Anuar Zain melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap keluarga dan sahabat kepada penumpang serta anak kapal MH 370, kakaknya Ziana Zain turut merasakan kebimbangan yang sama.
Ziana yang terlebih dahulu berkhidmat sebagai pramugari bagi syarikat Penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) sekitar penghujung tahun 80’an itu terkejut mendengar berita insiden yang sehingga kini masih belum dijumpai setelah hilang sejak 8 Mac lalu.
Dia yang telah mendirikan rumahtangganya bersama seorang pramugara yang dikenali ketika bertugas dahulu, Armin Zaharin pada 1998 tersebut amat bimbang melepaskan suaminya untuk bekerja apabila mendengar perkhabaran malang itu.
“Mana boleh tak terkejut mendengar berita mengenai kehilangan MH 370, lebih-lebih lagi bila ia hilang dan tidak dijumpai hingga ke hari ini. Bagi mereka yang memiliki keluarga terlibat pasti sukar untuk digambarkan perasaan mereka.
“Diharapkan para ahli keluarga serta saudara terdekat kepada anak kapal bersabar menerima berita ini dan bersama-sama kita doakan kesejahteraan mangsa pesawat MH 370,”ucap Ziana ketika ditanya mengenai peristiwa hitam ini memandangkan dia dahulunya seorang pramugari di Malaysia Airlines.
Penyanyi lagu Madah Berhelah itu memberitahu bahawa dia amat berat melepaskan suami pergi bekerja pada keesokkan harinya apatah lagi destinasi tujuannya adalah Shanghai, China.
“Pada hari kejadian 8 Mac, suami bercuti dan ketika mendapat tahu hal ini kami berada dirumah. Dia (suami) memang terkejut dan mengakui bahawa majoriti anak-anak kapal yang menjadi krew dalam penerbangan tersebut merupakan antara kenalannya.
“Apabila saya mengetahui dia akan kembali bekerja keesokkan harinya dan harus ke Shanghai, betapa beratnya hati dan risau mengingatkan tragedi tersebut. Dalam pada cuba berfikiran positif pun masih tidak dapat lari daripada kerisauan yang teramat.
“Kebarangkalian untuk terjadinya kemalangan pesawat amatlah sedikit dan ia merupakan medium pengangkutan paling selamat, tetapi siapalah kita untuk melawan kehendak dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT,”katanya lagi mengakhiri perbualan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.