Marcell Minta Izin Isteri Nak Pegang Tangan Dayang Nurfaizah
Marcell Siahaan atau Marcell berkata dia telah memintak izin daripada isterinya, Rima Melati untuk membuat beberapa gesture mesra dengan Dayang Nurfaizah ketika Konsert Marcell&Dayang-Pesona Cinta di Istana Budaya, Sabtu lalu.
Bercakap kepada pihak media selepas berlangsungnya konsert berkenaan, Marcell berkata isterinya yang juga seorang model kelahiran Singapura itu merupakan seorang wanita yang sangat berfikiran terbuka apabila menyentuh berkaitan kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
“Isteri saya adalah seorang manusia yang sangat hebat di dunia ini. Dia tahu kerjaya saya sebagai seorang penghibur dan sudah tentu saya telah meminta izin daripadanya.
“Saya sayang dengan Dayang sebagai sahabat dalam dunia nyanyian. Lagipun pula bukanlah kali pertama kami beraksi bersama,” katanya yang pernah beraksi bersama-sama Dayang Nurfaizah pada 2010.
Tampil cukup mesra bagaikan pasangan merpati dua sejoli, Marcell bukan sahaja memegang tangan Dayang Nurfaizah, tetapi juga turut mengucup tangan dan ada kalanya merangkul pinggang penyanyi itu beberapa kali.
Jelas Marcell lagi, dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang ingin mengaitkan atau mengeluarkan gosip antaranya dengan Dayang Nurfaizah kerana baginya semua yang dilakukan adalah atas alasan persembahan pentas semata-mata.
Malah katanya, kemunculannya di atas pentas berprestij Istana Budaya itu adalah bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara dunia muzik kedua-dua negara.
Menyifatkan penyanyi Dayang Sayang Kamu itu sebagai aset negara ini, Marcell berkata peminat tempatan harus bersyukur dan berterima kasih kerana dikurniakan seorang penyanyi berbakat besar seperti Dayang Nurfaizah.
Sementara itu jelas Dayang Nurfaizah, hubungan yang terjalin antara dia dan Marcell telah lama terpatri terutama selepas mereka berduet dalam sebuah lagu bertajuk Sayang.
“Saya memang merupakan peminat nombor satu Marcell sejak dari dulu lagi dan saya memang sudah terbiasa dengan gaya persembahan Marcell yang seperti itu.
“Tak sangka pula selepas 2010, sekarang kami dipertemukan lagi di atas pentas hebat di Istana Budaya,” katanya melahirkan rasa puas dengan persembahannya dengan Marcell pada malam berkenaan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.