Usaha Tanpa Henti Selama 4 Tahun, Akhirnya Noryn Aziz Kini Hamil!

Usaha Tanpa Henti Selama 4 Tahun, Akhirnya Noryn Aziz Kini Hamil!

Usaha Tanpa Henti Selama 4 Tahun, Akhirnya Noryn Aziz Kini Hamil!


Noryn Aziz selama lebih empat tahun untuk memiliki cahayamatanya sendiri akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abdul Aziz, 37, berkata, sejak menjadi isteri kepada Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sekitar 2010 dia akui tidak pernah berhenti mencuba.

Berita gembira ini datang tepat pada hari pertama kita melangkah masuk ke tahun 2014. Penyanyi ini menganggap kurniaan Allah SWT ini seperti sebuah petanda positif bagi memulakan tahun 2014 untuk dia dan suami.

“Apabila mendapat tahu mengenai berita gembira ini, saya seolah tidak percaya. Alhamdulillah ini adalah satu kurniaan dan pemberian yang besar daripada Allah kepada saya selepas sekian lama menanti.

“Ketika berkahwin umur saya 33 tahun dan kini diusia saya 37 tahun baru saya mendapat peluang merasakan sendiri pengalaman menjadi seorang ibu. Sebelum ini pelbagai ikthiar yang saya buat untuk merealisasikan impian saya itu.

“Daripada segi mendapatkan rawatan, pengambilan vitamin serta beberapa kaedah rawatan alternatif saya cuba disamping bantuan rakan artis antaranya Nurul Depp yang banyak membantu,”cerita Noryn Aziz dalam nada ceria bersama kandungannya kini yang memasuki usia 4 bulan itu.

Dalam beberapa kaedah rawatan yang dicuba dan dijalani Noryn sebelum hamil, dia merasakan kaedah rawatan akupuntur yang diperkenalkan oleh Nurul Depp antara yang paling kerap dilakukan dan dilihat memberikan perkembangan positif dalam kesihatan tubuh badan penyanyi ini.

“Untuk rawatan akupuntur saya jalani selama tiap-tiap minggu untuk 4 bulan berterusan dan ia berjaya merawat masalah darah yang saya alami iaitu kurang darah. Untuk wanita seusia seperti saya masih lagi mempunyai peluang untuk mengandung.

“Cuma kadang-kala  perkara yang menghalang ia berlaku mungkin kerana faktor kesihatan wanita yang memiliki sebarang penyakit dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar dahulu.

“Macam saya sebelum ini pelbagai ubat dan vitamin yang saya makan sebagai ikhtiar untuk kehamilan tetapi sebenarnya yang belum bersedia adalah darah yang ada dalam badan ini tidak cukup,”ceritanya lagi ketika ditemui pada pada sidang media Secretaries Week @ PICC yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Isnin,

Kandungan yang memasuki minggu ke-18 ini dijangkakan bakal dilahirnkan pada bukan September depan.

Penyanyi  bersuara ala jaz ini bakal membuat kemunculan istimewa pada persembahan istimewa Minggu Setiausaha bersama Afghan dari Indonesia di Putrajaya International Convention Centre  (PICC) pada 16 April ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers