Isu Rampas Suami Orang: Hanez Pasang Bodyguard Untuk Keselamatan

Isu Rampas Suami Orang: Hanez Pasang Bodyguard Untuk Keselamatan

Isu Rampas Suami Orang: Hanez Pasang Bodyguard Untuk Keselamatan


Selepas menerima pelbagai kecaman dan ugutan daripada ramai pihak ekoran timbul kontroversi merampas suami orang, pelakon Hanez Suraya telah mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya bila berada di luar.

Hanez Suraya berkata keluarganya amat bimbangkan keselamatannya apabila berada di luar rumah dan menasihatinya untuk mengupah seorang bodyguard.

"Saya terima banyak kecaman dan ugutan di laman sosial yang sangat dahsyat ketika kontroversi ini timbul dan keluarga saya sangat risau akan keselamatan saya.

"Jadi mereka menyarankan saya untuk mengupah bodyguard ketika berada di luar untuk menemani saya. Tapi saya akan bawa bodyguard jika saya berada di majlis tertentu sahaja.

"Pada mulanya tak selesa juga bila ada orang yang akan mengekori saya tapi nak buat bagaimana sebelum apa-apa yang berlaku baik kita berjaga-jaga.

"Tapi saya rasa ianya untuk sementara waktu sahaja dan bila isu ini semakin reda,"katanya kepada murai.com.my

Hanez Suraya ditemui ketika sidang media memperkenalkan pelakon- pelakon baru untuk teater Projek Kahwin di Istana Budaya semalam.

Meskipun dikecam dan diugut hebat oleh pihak luar yang tidak berpuas hati dengannya di laman sosial, namun Hanez memberitahu dia bersyukur kerana setakat ini dia belum terima apa-apa aksi luar biasa ketika berjumpa orang ramai seperti yang dikatakan.

"Alhamdulilah, setakat ini saya hanya terima ugutan sahaja daripada pihak luar di laman sosial yang katanya mahu menampar saya dan sebagainya.

"Ada juga yang hanya berani mengugut di laman sosial sahaja kerana mereka kata ada berjumpa saya dan lakukan macam-macam ancaman kepada saya tetapi bila berjumpa tiada pula.

"Tapi terus-terang sudah semakin kurang orang atau pihak luar yang menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada sya di laman sosial dan banyak komen-komen positif," katanya

Dalam perkembangan lain, Hanez masih lagi akan terus berlakon dalam pementasan teater Projek Kahwin namun hanya pada 4 pementasan terakhir. Sementara 6 pementasan terawal wataknya akan dilakonkan oleh Kilafairy.

Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers