Pasal MH370, Shila Amzah Dapat No.6 Semifinal I Am A Singer?

Pasal MH370, Shila Amzah Dapat No.6 Semifinal I Am A Singer?

Pasal MH370, Shila Amzah Dapat No.6 Semifinal I Am A Singer?


Shila Amzah dalam pusingan semifinal I Am A Singer yang telah berlangsung pada malam Jumaat lalu (28 Mac 2014)?

Lebih-lebih lagi selepas tercetusnya sentimen kemarahan masyarakat China terhadap Malaysia gara-gara tidak berpuas hati dengan cara pihak berkuasa di negara ini mengendalikan operasi mencari dan menyelamat penerbangan MH370.

Apakah dia mampu mengekalkan kedudukan di tangga pertama seperti mana yang dilakukannya di dalam episod 11 - I Am A Singer pada 21 Mac lalu apabila dia membawakan lagu Listen yang dipopularkan oleh Beyonce?

Atau pun berada di kedudukan paling bawah akibat kurangnya undian yang diterima daripada masyarakat China yang mungkin masih marah kerana masih belum dapat menerima hakikat bahawa tragedi kehilangan MH370 secara misteri adalah disebabkan iaya telah terhempas di Lautan Hindi.

Dalam semifinal ini, Shila Amzah telah membawakan lagu Cina yang berjudul Yang Chong. Ianya sebuah lagu yang mengisahkan isi hati seseorang apabila menyintai seseorang yang lain.

Namun, lagu ini nampaknya gagal membantu Shila untuk mengekalkan kedudukan No.1 di dalam I Am A Singer. Jauh sekali berada di tangga 3 ke atas. Sebaliknya, dia hanya meraih kedudukan di tempat ke-6.

Ramai peminat yang terkejut apabila mengetahui keputusan tentang kedudukan Shila di dalam pusingan semifinal program realiti terbitan Hunan TV, China ini.

Berdasarkan persembahannya, ramai beranggapan dia tidak sepatutnya berada di kedudukan yang sebegitu. Namun, ramai yang berpendapat mungkin ianya berlaku disebabkan isu tragedi MH370.

Namun segelintir peminat pula beranggapan bahawa Shila gagal mempamerkan persembahan yang hebat dan menyakinkan menerusi lagu Yang Chong itu. Atas sebab itulah, dia menerusi keputusan yang buruk di dalam pusingan semifinal I Am A Singer itu.

Jom tengok persembahan Shila Amzah dalam lagu Yang Chong:-



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers