Hafiz Akui Kekasih Tak Cemburu Hubungannya Dengan Adira

Hafiz Akui Kekasih Tak Cemburu Hubungannya Dengan Adira

Hafiz Akui Kekasih Tak Cemburu Hubungannya Dengan Adira


Meksipun bukan mudah untuk ketepikan kisah silam bersama, namun ianya tidak menjadi penghalang buat penyanyi, Hafiz Suip dan Adira untuk bekerjasama dalam menjayakan Minggu Setiausaha, A Golden Moment With Hafiz pada 22 April ini.

Biarpun tidak menafikan rasa yang lama pasti boleh terbit kembali, Hafiz Suip bagaimanapun berkata setakat ini hubungannya dengan bekas kekasih dijalinkan dengan sangat profesional tanpa menyentuh hal peribadi.

"Saya tahu bukan mudah malah susah nak jumpa pasangan seperti kami yang sudah putus cinta tetapi masih boleh berdepan dan bekerjasama.

"Bagi saya itu semua bergantung pada diri masing-masing. Macam saya pula, saya fikir tak untung pun jika saya bersikap begitu sehingga membenci dan memutuskan hubungan begitu sahaja dengan bekas kekasih.


Hafiz Akui Kekasih Tak Cemburu Hubungannya Dengan Adira

"Lagipun, industri hiburan ni kecil, sejauh mana pun kita lari pasti kita akan ketemu jua.

"Ini juga bukan pertama kali kami disatukan dan saya akui senang bekerjasama dengan Adira kerana kami amat profesional," katanya kepada media.

Hafiz ditemui bersama Adira dalam sesi fotografi di Cyberview Lodge Spa & Resort, Cyberjaya semalam.

Bagaimanapun, Hafiz yang kini sudah punya pengganti akui kekasihnya amat memahami hubungannya dengan Adira malah tidak pernah mencemburui mereka.


Hafiz Akui Kekasih Tak Cemburu Hubungannya Dengan Adira

"Saya bersyukur kerana kekasih saya seorang yang memahami hubungan yang terjalin antara saya dan Adira.

"Malah dia yang pernah jumpa sendiri Adira tidak mencemburui hubungan kami sebagai kawan kerja," jelasnya.

Minggu Setiausaha, A Golden Moment With Hafiz bakal diadakan di dewan megah Matrade Hall, Matrade Exhibition & Convention, Jalan Duta bermula jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Hafiz akan menyanyikan 8 lagu single dan 2 lagu duet bersama Adira. Antara lagu yang akan dinyanyikan itu adalah Bahagiamu Deritaku, Awan Nano, Nokhtah Cinta, Ombak Rindu, Salahkah dan banyak lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers