Tiada Kontrak, Babak Panas Antara Punca Eina Azman Tinggalkan Lokasi

Tiada Kontrak, Babak Panas Antara Punca Eina Azman Tinggalkan Lokasi

Tiada Kontrak, Babak Panas Antara Punca Eina Azman Tinggalkan Lokasi


Eina Azman sebelum ini telah terkait sekali dalam pergolakan hubungan di antara pelakon Afiq Muiz dan ibunya.

Perkara tersebut membuatkan aktres baru ini cuba untuk kembali memperbaiki reputasinya dengan menonjolkan bakat lakonan yang dimiliki.

Tawaran menjayakan filem usahasama Malaysia-Indonesia, berjudul 'Kuntilanak Ciliwung telah menuntut pelakon tersebut berada di lokasi di seberang, namun belum lagi selesai penggambaran tetapi khabarnya Eina dikatakan berselisih faham dengan pengarah dan meninggalkan set dan pulang ke Kuala Lumpur.

Ditemui pada majlis tayangan previu Zombie Kilang Biskut di One Utama,semalam, Eina telah diasak oleh media yang inginkan penjelasan terhadap dakwaan dan khabar kurang enak mengenai dirinya.

Sekadar kenyataan ringkas, Eina memberitahu akan mengadakan sidang akhbar khas selepas berunding dengan konsultan peribadinya, Usop Wilcha.

"Saya belajar dari kesilapan dulu, saya takut salah cakap lagi nanti saya yang kena teruk. Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya serahkan pada perunding saya iaitu abang Usop Wilcha untuk jelaskan pada satu sidang media yang akan saya adakan nanti.

"Untuk tidak menghampakan abang dan kakak sekalian, saya cuma boleh dedahkan sedikit kenapa saya berbuat demikian. Setiap pelakon yang ditawarkan untuk berlakon pasti dilengkapi dengan kontrak sebagai perjanjian. Untuk filem ini saya tiada hitam putih dengan mereka.

“Itu sahaja saya boleh cakap, bila tiada kontrak saya rasa tidak selamat untuk saya teruskan dan itu punca saya meninggalkan lokasi. Saya bekerja di negara orang, kalau apa-apa jadi, siapa yang mau bertanggungjawab dan apa jaminan saya.

“Babak dan adegan yang saya harus lakonkan juga ada yang berunsur erotik. Berdasarkan skrip saya, memang saya perlu melakonkan babak-babak tersebut dan ia menimbulkan keraguan untuk saya teruskan", cerita Eina Azman mengenai pengalaman yang dilalui ketika berlakon bersama produksi negara jiran.

Baru-baru ini nama Eina Azman tiba-tiba 'panas' berhubung laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik Eina dikatakan 'buat hal' apabila dia meninggalkan lokasi penggambaran filem berkenaan selepas permintaannya untuk balik ke Kuala Lumpur pada 6 Mac tidak dapat ditunaikan oleh produksi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers