Sarimah Ibrahim Tangguh Cari Bf Demi #MH370

Sarimah Ibrahim Tangguh Cari Bf Demi #MH370

Sarimah Ibrahim Tangguh Cari Bf Demi #MH370


Demi menghormati misi pencarian pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang masih menjadi misteri, pelakon dan penyampai radio Sarimah Ibrahim turut mengambil langkah serupa.

Kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) yang diperkenalkan stesen radio Mix FM baru-baru ini bagi mencari jejaka impian  Sarimah Ibrahim terpaksa diberhentikan seketika sehingga kepada waktu yang ditetapkan.

Sarimah Ibrahim yang dihubungi portal murai.com.my berkata,buat masa sekarang adalah lebih penting untuk memberi tumpuan dan menghormati misi pencarian MH370 daripada misinya mencari teman lelaki menerusi program #DSS di stesen radio MIX FM.

“Saya merasakan kita perlu memberikan penghormatan kepada insiden ini dan kami di Astro bersatu hati untuk memberikan tumpuan terhadap tragedi yang berlaku dan membantu mereka yang berhadapan dengan situasi ini.

“Kempen akan disambung semula dan pastinya saya akan memilih pemenang,” katanya yang turut memberi tahu kempen berkenaan akan dimulakan semula pada Khamis ini.

Kempen yang baru saja diperkenalkan baru-baru ini,membolehkan Sarimah Ibrahim memilih beberapa jejaka untuk di senarai akhir sebelum memasuki peringkat seterusnya.

Hanya seorang pemenang akan berpeluang untuk menikmati makan malam penuh romantik bersamanya selepas tamat kempen berkenaan.

Tambah Sarimah Ibrahim, dia pasti ramai pendengar setia MixFM faham dengan situasi yang melanda seluruh rakyat Malaysia ketika ini dan percaya misinya untuk mencari jejaka pilihan menerusi kempen berkenaan boleh ditangguhkan buat seketika.

Namun kata Sarimah Ibrahim, setakat ini kempen berkenaan telah  berjaya mencari lima jejaka teratas dan seterusnya proses saringan peringkat akhir kepada tiga jejaka teratas hanya akan diumumkan pada Isnin ini.

“Peminat pada ketika ini sedang menunggu untuk saya memilih 3 teratas daripada lima peserta yang ada dan semua itu hanya akan dapat saya umumkan pada Isnin nanti.

“Kempen akan dimulakan semula pada Khamis ini dan pada Isnin pada jam 8 pagi pengumuman akan dibuat,” katanya menerusi kiriman mesej Whatsapp petang semalam.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers