Ketepikan Isu Hanez Suraya, Penerbit Minta Sokong Projek Kahwin
Penerbit Teater Projek Kahwin, Shawn Amer, 27 , meminta serta berharap isu yang berlaku terhadap pelakon utamanya iaitu Hanez Suraya yang didakwa perampas suami orang tidak akan menjadi alasan untuk penonton hadir memberikan sokongan terhadap pementasan teater tersebut.
Shawn Amer yang juga merupakan penerbit MASK Team itu berkata isu berkenaan harus diketepikan dan peminat seni teater harus datang untuk menonton karya yang turut membariskan pelakon-pelakon hebat yang lain.
“Saya mahu penonton yang hadir bersikap professional dan ketepikan soal peribadi Hanez Suraya sebaliknya beri peluang untuk menonton sebuah karya generasi Y ini.
“Malah penonton perlu menonton bakat yang akan dipentaskan Hanez. Bukan sahaja Hanez malah pelakon hebat lain seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz serta istimewanya menampilkan Imam Muda Ashraf.
“Saya harap berilah sokongan pada naskah dan intipati teater ini bukan cerita peribadi setiap pelakon. Lagipun saya rasa terlalu awal untuk membuat andaian mengenai kesan yang akan kami terima kerana mungkin isu ini sudah dilupakan bila menjelangnya Jun ini,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Shawn Amer diminta mengulas selepas terdapat pelbagai akaun laman sosial yang membenci dan boikot Hanez Suraya selain ramai yang menyuarakan tidak mahu menonton teater tersebut kerana pelakon wanita itu.
Projek Kahwin bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga14 Jun depan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.