Suara Kita: Awie Akui Pada Awalnya, Isterinya Cemburu

Suara Kita: Awie Akui Pada Awalnya, Isterinya Cemburu

Suara Kita: Awie Akui Pada Awalnya, Isterinya Cemburu


Pemilik kepada syarikat produksi Awie Entertainment Sdn Bhd, meluahkan rasa bersyukur dan teruja kerana hasratnya bergandingan bersama Erra dan Ziana dalam satu pentas akhirnya direalisasikan setelah hampir dua dekad tidak bekerjasama.

Ia sekaligus menutup cerita bahawa hubungan diantara trio hebat ini tidak sebulu.

"Sebelum ini ada saja kontroversi dan fitnah tentang hubungan kami. Dengan konsert ini, terbukti bahawa kami boleh bekerjasama dan terus menjadi kawan baik. Terutama dengan Erra, tapi bukan Ziana," katanya dengan nada bergurau.

Awie berkata, sememangnya terbit rasa cemburu di hati Rozana tatkala kali pertama idea pementasan itu dicetuskan, tetapi pujukan demi pujukan, akhirnya wanita yang dikahwininya tujuh tahun lalu itu memberi kebenaran.

Isteri Awie itu difahamkan turut meminati filem-filem lakonan Erra yang menjadi inspirasi dan intipati utama konsert yang berlangsung seminggu ini.Bukan itu sahaja, malah Rozana turut teruja menunggu pementasan ini kerana dia merupakan salah seorang daripada ribuan peminat primadona bernama Erra Fazira seperti mana yang dia akui kepada media sebelum ini.

“Kami bekerja secara profesional dan saya tahu, Rozana amat memahami kerja kami sebagai pelakon. Walaupun orang kata kita tidak dapat membaca hati wanita, tetapi saya mengharapkan segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah," ulas Awie.

Peluang menyaksikan konsert tersebut yang berlangsung Isnin lalu, ternyata sama ada Awie mahupun Erra dan Ziana, mereka begitu menghayati watak mereka sebagai pasangan kekasih dan ia sekali gus memberi bayangan terhadap perasaan Rozana ketika menonton babak-babak romantis yang yang dipentaskan pada malam itu.

Diterbitkan oleh Awie Entertaiment Sdn Bhd, konsert selama tiga jam, yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 3 hingga 9 Mac, berjaya menonjolkan sisi kehebatan tiga nama ini dengan persembahan nyanyian dan lakonan yang penuh bertenaga.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers