Kenapa Saset Kecewa Dengan Sikap Ingkar Janji Kumpulan Jambu?
Pihak Yayasan Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah (Saset) meluahkan rasa kecewa apabila kumpulan Jambu gagal mengotakan janji untuk menjayakan program amal Karnival Pencinta Alam Sekitar Kesedaran Masyarakat Kepada Masyarakat di Padang Sekolah Menengah Seri Pelangai Bentong Pahang Darul Makmur selama 5 jam bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang pada 18 Januari lalu.
Lebih mengecewakan apabila Jambu yang dianggotai Yus serta Tauke yang hadir di karnival amal itu pada jam 1.20 petang iaitu sesudah keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang ke tapak program.
Malah, kumpulan duo pelawak popular itu hanya melakukan persembahan selama 30 minit iaitu dari jam 2.15 petang hingga jam 2.45 petang pada majlis amal itu tanpa menyambung semula selepas program rasmi di karnival itu bermula.
Program amal arnival Pencinta Alam Sekitar Kesedaran Masyarakat Kepada Masyarakat adalah salah satu projek yang dianjurkan Saset yang mana ia berpaksikan kepada semua kerja-kerja amal dan kebajikan mengenai alam sekitar di seluruh Negeri Pahang dan ianya Dinaungi oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Penasihatnya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang.
Jurucakap merangkap Ketua Bahagian Khidmat Komunikasi Koperat SASET, Edel Adam berkata, pihaknya kesal dengan sikap kumpulan Jambu yang mengambil sikap sambil lewa sewaktu menjayakan program amal Karnival Pencinta Alam Sekitar Kesedaran Masyarakat Kepada Masyarakat itu.
"Padahal kami telah pun memaklumkan dari awal kepada Jambu supaya berada di program amal Karnival Pencinta Alam Sekitar Kesedaran Masyarakat Kepada Masyarakat seawal jam 11 pagi lagi.
"Malangnya, mereka bukan sahaja mengingkari waktu yang sudah pun ditetapkan itu, malah mereka hanya datang ke program amal karnival itu pada jam 1.20 petang.
"Sudahlah begitu, mereka hanya bikin persembahan selama 30 minit saja serta langsung tidak menyambung persembahan mereka pada waktu-waktu yang diperlukan," katanya kepada murai.com.my.
Menurut Edel Adam lagi, seandainya pihaknya tidak membayar Jambu untuk membuat persembahan di dalam program amal itu, barangkali mereka mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk berbuat demikian.
"Masalahnya, bayaran telah kami lakukan mengikut perjanjian iaitu deposit sebanyak 50 peratus sebelum persebahan bermula pada 16 Januari dan baki sebanyak 50 peratus pula dibayar sebelum persembahan bermula pada hari acara tersebut.
"Malah, memandangkan Karnival Pencinta Alam Sekitar Kesedaran Masyarakat Kepada Masyarakat adalah sebuah projek amal, pihak Jambu juga telah bersetuju untuk menerima bayaran sebanyak RM9,000.
"Tapi, bila mereka (Jambu) buat macam ini, pihak kami rasa kecewa juga. Apatah lagi bila persembahan mereka tidak dapat disaksikan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang serta Menter Besar Pahang," katanya lagi.
Jelas Edel lagi, pihaknya cuba berhubung dengan Jambu untuk meminta penjelasan daripada mereka berhubung isu tersebut, namun cubaan yang dilakukan itu tidak membuahkan hasil.
"Pihak kami rasa tertipu dengan tindakan kurang profesional Jambu itu. Malah, pihak kami juga tidak teragak-agak untuk meminta Jambu memulangkan sebahagian daripada bayaran persembahan mereka itu kerana ianya dianggap tidak berbaloi dengan apa yang mereka persembahkan selama 30 minit di dalam karnival tersebut.
"Namun,kami harap pihak Jambu akan segera memberikan maklum balas berhubung isu ini kerana sudah puas kami cuba hubungi mereka untuk menyelesaikan perkara ini, namun mereka pula buat tak tahu saja. Apa yang kami mahukan ialah supaya mereka bertanggungjawab dalam menangani isu ini," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.