Tahniah Kepada Hairi Anak Wayang Akhiri Zaman Bujang 22 Mac Ini

Tahniah Kepada Hairi Anak Wayang Akhiri Zaman Bujang 22 Mac Ini

Tahniah Kepada Hairi Anak Wayang Akhiri Zaman Bujang 22 Mac Ini


Hairi atau nama sebenarnya Mohd Hairi Safwan Aznan, 26, mengesahkan bakal menikahi tunangnya, Fara Afiza Azman, 24, pada 22 Mac Ini.

Hairi yang merupakan pelakon kelahiran program realiti Anak Wayang itu bakal disatukan di Masjid Kepala Batas, Pulau Pinang manakala majlis resepsi akan diadakan pada 7 Jun di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Kedah.

Hairi berkata meskipun persiapan pernikahannya hampir siap, namun dia kini masih mempersiapkan diri dalam ilmu agama.

"Perasaanya sudah tentu berdebar semakin dekat hari pernikahan banyak juga dugaan kecil datang tapi saya bersyukur kerana dapat melaluinya dengan baik.

"Dari segi persediaan mental, saya masih lagi mempelajari tafsiran Al-Quran dan agama kerana saya mengaku saya jahil.

"Ilmu agama dalam diri saya penting untuk dipertingkatkan kerana saya nanti akan jadi ketua keluarga dan imam dalam solatnya," katanya kepada murai.com.my

Hairi diemui di sidang media Siri Semarak Bangsawan di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana Kuala Lumpur, semalam.

Bercakap mengenai majlis resepsinya, Hairi berkata dia akan adakan sesuatu yang berbeza kerana dia sendiri akan membuat persembahan seperti dalam kisah Mek Mulung.

"Demi membawa kelainan saya akan berlakon atau mempersembahkan ala-ala teater Mek Mulung bersama rakan-rakan teater yang lain.

"Malah tema untuk tetamu yang datang pun perlulah berbaju seperti orang kampung zaman dahulu kala,"jelasnya lagi.

Hairi bakal terlibat dalam teater bangsawan iaitu Badang untuk Siri Semarak Bangsawan pada Oktober tahun ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers