JKKN Harap Isu MH370 Tak Beri Kesan Pada Semarak Bangsawan 2014

JKKN Harap Isu MH370 Tak Beri Kesan Pada Semarak Bangsawan 2014

JKKN Harap Isu MH370 Tak Beri Kesan Pada Semarak Bangsawan 2014


Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli akui meskipun prihatin terhadap kehilangan pesawat MAS MH 370, namun  dia berharap program Siri Semarak Bangsawa2014 yang akan bermula 14 Mac ini akan berjalan lancar dan mendapat sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya.

“Sehingga kini kami dan semua rakyat Malaysia masih lagi mendoakan kesejahteraan pesawat MH370 supaya ditemui dengan selamat tapi kita harus akur kehidupan perlu diteruskan.

“Walaupun mungkin terkesan dengan isu semasa itu tapi ianya harus diteruskan kerana program ini sudah lama disenaraikan dalam jadual dan brochure pelancongan dan kami tidak mahu menyukarkan pelancong luar negara sudah pun merancang untuk ke sini.

“Saya juga rasa pelakon teater kita amat professional dan boleh mengawal emosi itu ketika pementasan ini dijalankan,” katanya kepada murai.com.my.

Norliza ditemui dalam sidang media Pra Pelancaran Siri Semarak Bangsawa 2014 yang diadakan di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, semalam.

Siri Semarak Bangsawan 2014 akan mementaskan lapan kumpulan teater dari negeri-negeri terpilih. Pementasan bangsawan akan diadakan pada minggu kedua setiap bulan bermula Mac bertempat Auditorium DBKL.

Sementara itu Norliza memberitahu jualan tiket yang diterima dariapda Siri Semarak Bangsawan sebahagiannya akan disumbang kepada seniman dan seniwati atau tokoh seni Negara  yang uzur.

“Hampir 10 orang seniman dan seniwati serta waris keluarga mereka akan dibantu menerusi sumbangan penjualan tiket yang akan diterimananti. Jadi pengunjung yang hadir bukan sahaja dapat berhibur malah beramal,”jelasnya lagi.

Pas masuk bernilai RM5 yang dikenakan akan disumbangkan kepada tokoh-tokoh seni negara yang terpilih. Selain itu terdapat juga pas masuk premier berharga RM50 kepada penonton yang mahu tempat duduk khas yang lebih selesa, jamuan disediakan dan akan menerima cenderamata daripada pihak penganjur.

Tirai pementasan bangsawan dimulakan oleh Anak Seni Pendidikan Kelantan (ASPEK) Opera dengan teater Kemala Saksi Kesuam Ningrat yang diarahkan oleh Zack Zaideen pada 14 hingga 16 Mac ini.

Diikuti dengan Seri Bangsawan USM yang mementaskan Jula Juli Bintang Tujuh pada 11 hingga 13 April, Kumpulan Bangsawan Seri Kedahdengan Puteri Selindungan Bulan pada 9 hingga 11 Mei dan Persatuan TetaerMalaysia dengan pementasan Bidasari pada 13 hingga 15 Mac ini.

Seterusnya Persatuan Bangsawan Bintang Timur mementasakan Mahsuri pada 22 hingga 24 Ogos, diikuti Persatuan Alumni ASWARA yang mementaskanBadang arahan M.Nasir Ayob pada 12 hingga 14 September.

DBKL pula mementaskan Hikayat Merong Mahawangsa pada 10hingga 12 Oktober dan tirai pementasan ditutup oleh JKKN dengan Sinbad pada 7hingga 9 November.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers