Izara Aishah Anggap Kelab Peminat Hanya Timbulkan Masalah
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri ‘Vanilla Coklat’, Izara Aishah memberitahu mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak mempunyai kelab peminatnya sendiri. Menurut duta produk Innershine ini, dia ingin bersikap adil kepada semua peminat dan tidak hanya memberikan tumpuan kepada sesetengah pihak sahaja.
“Saya tak buat kelab peminat sebab saya tak mahu peminat saya berada dalam satu kelompok sahaja. Saya rasa tak adil jika hanya ahli kelab peminat saja yang mendapat layanan atau dapat meluangkan masa dengan artis kesayangan mereka. Saya tak rasa rugi sebab bagi saya, lagi seronok jika ia dibuat dengan lebih terbuka dan tidak hanya tertumpu dalam satu kumpulan sahaja.
"Saya juga tidak percaya dengan penubuhan kelab peminat kerana ia hanya akan menimbulkan masalah dan juga salah faham. Sebelum ini ada pihak pernah buat kelab peminat tanpa pengetahuan saya dan mempergunakan duit orang lain untuk membuat T-shirt dan sebagainya. Bagi mengelakkan perkara sebegini berulang, saya lebih selesa untuk tidak mempunyai kelab peminat,” ujar Izara sambil menafikan tawaran dalam kerjaya seninya semakin berkurangan.
“Ramai orang ingat saya senyap sebab tak dapat tawaran berlakon. Sebenarnya, tahun 2013 saya sangat sibuk dengan jadual penggambaran sehingga saya tidak ada masa untuk berehat. Tahun 2013 saya jalani banyak penggambaran filem dan insyaAllah untuk tahun 2014 ini, orang akan nampak saya lebih kerana banyak cerita saya akan keluar tahun ini."
Menyentuh mengenai perkembangan kisah cintanya dengan kekasih hati, Izara memberitahu hubungan cinta yang terjalin selama tujuh tahun itu masih berjalan seperti biasa. Ditanya tidakkah dia mempunyai perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, pelakon berusia 21 tahun ini memberitahu masih belum bersedia dan ingin menumpukan perhatian kepada karier seninya terlebih dahulu.
“Saya rasa belum lagi buat masa sekarang kerana kami berdua masih muda dan masing-masing tengah mengumpul duit. Lagipun saya tak bersedia lagi untuk berkahwin dan ingin menumpukan pada kerjaya terlebih dahulu.
"Saya bertuah kerana mempunyai kekasih sebelum masuk industri dan dia faham dengan kerja saya. Cuma selepas kahwin nanti dia minta agar saya kurangkan adegan pegang-pegang dan kalau boleh balik sebelum dia balik kerja. InsyaAllah, jika ada jodoh, saya meletakkan sasaran umur 28 tahun manakala kekasih saya pula meletakkan lagi tiga tahun untuk kami berkahwin.”
Dalam perkembangan lain, Izara bakal muncul dengan telefilem ‘Oh My English! – Hello America’ pada 15 Januari depan bergandingan bersama dengan Zain Saidin, Aaron Aziz, Tiz Zaqyah dan ramai lagi. Berkongsi mengenai pengalamannya menjalani penggambaran di Amerika, Izara yang memegang watak sebagai Azlin mengakui berasa teruja walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran cuaca.
“Kami jalani penggambaran di sana pada November lepas selama seminggu. Kami dimaklumkan ketika itu cuaca biasa saja, jadi kami hanya bawa baju nipis. Namun apabila sampai di sana, cuaca sejuk dan kami menggigil sangat. Disebabkan cuaca, ia mempengaruhi perasaan kami ketika berlakon dan kami jadi marah jika ada yang lambat.
"Apapun, telefilem ini memang menarik dan lebih banyak unsur komedi. Secara peribadi, saya sendiri lebih suka buat telefilem berbanding dengan drama kerana telefilem lebih ‘catchy’,” tutur Izara ketika ditemui pada sidang media ‘Oh My English! – Hello America’ sambil memberitahu tidak dapat muncul untuk musim ketiga bagi siri tersebut kerana terikat dengan komitmen lain.
Sebelum mengakhiri temubual, Izara turut berkongsi dia bakal terlibat dengan sebuah telefilem arahan Osman Ali, filem ‘Gangster Rock’ arahan Soffi Jikan dan filem ‘Pontianak’ arahan Ellie Suriaty. Jangan ketinggalan untuk menonton ‘Oh My English! – Hello America’ yang akan disiarkan pada 15 Januari, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak di Astro Maya HD (Saluran 135).
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.