Dazrin Kamaruddin Jawab Isu Tak Berdisiplin!

Dazrin Kamaruddin Jawab Isu Tak Berdisiplin!

Dazrin Kamaruddin Jawab Isu Tak Berdisiplin!

Pelakon Dazrin Kamaruddin, 26, akui terkejut dituduh tidak berdisiplin dalam kerjaya seni dan bersikap tamak apabila mengambil banyak tawaran kerja dalam satu-satu masa seperti mana yang didakwa dalam laporan pada ruangan pojok sebuah akhbar, baru-baru ini.

Dazrin dalam laporan mStar Online hari ini bagaimana pun mempersoalkan penulis ruangan itu yang tidak mendapatkan penjelasannya sebelum melaporkan berita.

"Dalam gosip tersebut saya dikatakan tidak berdisiplin kerana sikap saya yang kononnya tidak menepati masa sehingga mengganggu jadual produksi. Malah saya dikatakan tamak kerana mengambil projek yang banyak dalam satu-satu masa.

"Pertama sekali, saya bukanlah pelakon yang mampu bekerja dalam produksi yang banyak serentak. Sepatutnya penulis gosip itu tanya saya dahulu kerana apa yang berlaku antara saya dengan produksi sebelum ini adalah salah faham, serta pengurusan kerja yang tidak betul.

"Pada asalnya saya hanya mahu membantu produksi tersebut kerana mereka terlalu mahukan saya mengacara program itu walaupun saya dah beritahu yang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama Cinta Pandang Kedua," katanya.

Tambah Dazrin, selepas dirayu beberapa kali, atas dasar kasihan dan penerbit itu juga merupakan rakannya, dia menerima tawaran itu dengan syarat dia hanya boleh menjalani penggambaran pada setiap Sabtu sahaja.

Namun katanya, lain pula yang terjadi apabila jadual penggambaran program tersebut yang dilakukan di luar kawasan Kuala Lumpur sering diubah sehingga menjejaskan masanya untuk penggambaran Cinta Pandang Kedua.

"Saya malas nak cerita panjang kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan pun. Tetapi apabila sudah menjadi bahan berita, ia sudah memberikan pandangan yang pelbagai terhadap orang yang membacanya.

"Produksi itu tidak tahu bagaimana kelam kabutnya saya mengejar masa untuk memenuhi permintaan mereka yang sentiasa bertukar jadual. Apabila kita berbuat baik, dipijaknya pula," ujarnya dengan nada kesal. 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers