Dapatkan Tiket Percuma Menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan

Dapatkan Tiket Percuma Menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan

Dapatkan Tiket Percuma Menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan

Buat julung kalinya, penghibur wanita tanah air yang disegani ramai iaitu Salamiah Hassan bakal mengadakan konsert solo pertamanya, Konsert Gelombang Salamiah Hassan di Istana Budaya selama 3 malam berturut-turut iaitu pada 10 Januari 2014 hingga 12 Januari 2014.

Diterbitkan Akid Productions Sdn Bhd milik produser filem tersohor, Raja Azmi Raja Sulaiman, Konsert Gelombang Salamiah Hassan yang diarahkan Pat Ibrahim serta pengarah muzikal oleh Aubrey Suwito bakal menyaksikan perjalanan hidup Salamiah Hassan ini sepanjang bergelar insan seni selama 4 dekad.

Sepanjang 4 dekad, ibu kepada penyanyi Raja Atilia Raja Haron ini akan membawa kalangan peminat serta pencinta muziknya untuk mengikuti perjalanan seni awalnya menyertai Bakat TV di RTM pada 1971, diikuti dengan penglibatannya sebagai penyanyi rakaman, penghibur kelab serta Ratu Jingles (lagu-lagu iklan TV).

Dalam tempoh itu, banyak lagu yang telah dirakamkannya. Antaranya ialah Surat Terakhir, Gelombang serta Menghitung Hari.

Bagi anda yang tidak mahu lepaskan peluang menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan, portal Murai memberi peluang kepada 10 pembaca bertuah untuk meraih sepasang tiket percuma.

Anda boleh membawa ibu atau bapa sebagai pasangan anda tatkala menyaksikan konsert itu nanti atau menghadiahkan sepasang tiket percuma itu kepada ibu bapa anda.

Tiket-tiket percuma ini diberikan untuk anda menyaksikan Konsert Gelombang Salamiah Hassan sewaktu malam prebiunya diadakan pada 8 Januari 2014.

Tunggu apa lagi, sertakan butiran peribadi seperti nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat rumah serta alamat emel dan hantarkan kepada webmaster@murai.com.my.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers