Lisa Surihani Dan Yusry Tarikan Dalam Filem Ular
FILEM : Ular
PENGARAH : Jason Chong
PELAKON : Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim, Izzue Islam.
DURASI : 1 Jam 18 Minit
GENRE : Seram/ fiksyen
TERBITAN : Showbiz Productions Sdn Bhd/ KRU Studios
TARIKH TAYANGAN : 5 Disember 2013
Sekali Imbas
Meskipun filem fiksyen sebegini boleh dikatakan begitu asing di antara pembikinan filem tempatan, namun filem yang berkisarkan pengembaraan ini agak menarik ditonton walaupun menggunakan subjek Ular sebagai tunjang utamanya.
Ulasan Penuh
Bagi penonton yang suka sesuatu kelaian dalam filem tempatan, Ular merupakan filem yang sesuai untuk mereka kerana filem creature-feature yang pertama seumpamanya di Malaysia ini memaparkan subjek dan unsur pengembaraan yang sangat menarik.
Sesuai dengan genre filem itu iaitu seram dan fiksyen, pengarahnya Jason Chong mengetengahkan ular sebagai subjek utama filemnya. Penulis agak suspen dan berdebar ketika menonton filem ini kerana setiap masa pasti akan menunggu bila masa ular sawa itu keluar untuk menyerang.
Namun teknik pengimejan berkomputer (CGI) yang digunakan amat ketara kerana penulis boleh tahu mana ular sebenar dan mana ular CGI. Tetapi ia tidak menggangu penghayatan penulis untuk terus menonton kerana kesan bunyi yang bagus turut membantu.
Cuma ada beberapa bahagian, penulis agak kurang setuju dan rasa kurang logik dengan pergerakan ular CGI yang dilakukan.
Ular hanya subjek bagi latar belakang filem ini, namun penulis harus puji lakonan yang mantap pasangan suami isteri, Lisa Surihani danYusry Abdul Halim turut menjadi daya penarik dalam membawa penonton menyaksikanfilem tersebut.
Selain itu, Jason juga dilihat turut cuba menyelitkan beberapa aksi komedi bagi meredakan ketegangan penonton sepanjang menyaksikan debaran pertarungan antara manusia dan haiwan tersebut.
Namun, beberapa babak komedi berunsur lucah dan double meaning yang cuba ditonjolkan melalui watak pasangan gay dan wanita seksi dilihat kurang sesuai dan agak menjengkelkan.
Keseluruhan, penulis boleh katakan ianya satu percubaan yang baik pada pembikin filem Malaysia apabila berjaya menghasilkan creature-featureyang pertama seumpamanya di Malaysia.
Sinopsis
Ular mengisahkan Myra (Lisa Surihani) seorang wartawan jenayah yang digantung kerja telah diarahkan untuk membuat liputan di sebuah pusat peranginan di sebuah pulau. Myra yang ditemani jurukameranya, Remy (Yusry) tidak pernah menyangka tugasannya kali ini bukanlah satu tugasan biasa apabila percutian hebat yang dimenangi oleh 10 orang pemenang cabutan bertuah bertukar menjadi sebuah mimpi ngeri yang tidak terduga.
Segalanya bermula apabila ada di antara tetamu pusat peranginan itu dengan beraninya telah menyelinap masuk ke dalam hutan yang telah dipagari dengan pagar elektrik. Rambo yang panik setelah menyedari hal tersebut segera mendapatkan Encik Aziz, pemilik pusat peranginan tersebut. Ia secara tidak langsung telah menimbulkan rasa ingin tahu Myra dan Remy untuk merungkai apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Encik Aziz (Namron) disebalik kewujudan pusat peranginan tersebut.
Berjayakah Myra mencungkil rahsia di sebalik pusat peranginan tersebut? Dan apakah yang akan berlaku kepada mereka setelah menyedari mereka sebenarnya terperangkap di sebuah pulau yang dipenuhi oleh penunggu asa lpulau tersebut? Semuanya terjawab jika anda menonton filem ini sepenuhnya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.