Jam Dinding Yang Berdetak Ketengahkan Nadiya Nisaa Dan Amerul

Jam Dinding Yang Berdetak Ketengahkan Nadiya Nisaa Dan Amerul

Jam Dinding Yang Berdetak Ketengahkan Nadiya Nisaa Dan Amerul

Syarikat produksi, Revolution Stage bakal membuka tirai untuk tahun 2014 ini apabila muncul dengan teater berjudul Jam Dinding Yang Berdetak (JDYB) di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 17 hingga 19 Januari ini.

Menariknya JDYB itu bakal menampilkan pelakon,  Nadiya Nisaa dan Amerul Affendi sebagai anak kepada watak utamanya.

Pengarahnya Aloeng Silalahi berkata, pemilihan Nadiya Nisaa adalah mengikut kesesuaian dengan karekter dan kekuatan masing-masing.

“Pemilihan Nadiya Nisaa dan Amerul Affendi dilihat sanga tbersesuaian kerana masing-masing mempunyai kekuatan masing-masing.

“Meskipun saya tidak pernah bekerja dengan Nadiya Nisaa berbanding Amerul sebelum ini tetapi saya percaya dia punya bakat lakonan yang tinggi dari penilaian saya menerusi drama-drama yang dilakonkannya di dalam televisyen,” katanya kepada murai.com.my.

Sementara itu, Nadiya pula berkata dia amat gembira apabila diberi peluang untuk mementaskan teater tersebut, meskipun hanya memegang watak kecil.

“Sebenarnya ini teater kedua saya selepas teater Asramara pada Oktober lalu. Selepas kali pertama berlakon teater, terus-terang saya jadi ketagih hendak berlakon pentas lagi.

“Jadi bila diberi peluang kali kedua ni saya sangat teruja walaupun watak yang diberikan tidak banyak dan hanya watak tambahan. Bagi saya untuk permulaan ini saya lebih selesa untuk memegang watak kecil sahaja dalam mana-mana pementasan,” katanya.

Menurut Aloeng,  teater Jam Dinding Yang Berdetak ini merupakan naskah daripada seorang penulis Indonesia iaitu Nano Riantiarno yang diubahsuai mengikut kesesuaian masyarakat negara ini.

Katanya, sebanyak 45 peratus termasuk bahasa, watak dan kesesuaian adat serta agama telah diolah semula mengikut citarasa tempatan.

"Sebenarnya, kisah hidup masyarakat sekitar tahun 80an di Indonesia dan Malaysia tidak jauh bezanya, cuma saya ubahsuai daripada segi bahasa dan latar belakang keluarga yang pada asalnya sebuah keluarga beragama Kristian," katanya.

Jam Dinding Yang Berdetik akan dipentaskan di Lambang Sari,Istana Budaya, pada 17 hingga 19 Januari depan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers