Nash Rancang Comeback Bersama Dato` Ramli Sarip

Nash Rancang Comeback Bersama Dato` Ramli Sarip

Nash Rancang Comeback Bersama Dato` Ramli Sarip

Penyanyi dan juga vokalis kumpulan Lefthanded,  Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias akui teringin untuk comeback dan kini sedang merancang untuk kembali dengan lagu baru tidak lama lagi.

Malah, Nash berkata dia kini dalam perbincangan dengan Raja Rock, Dato’ Ramli Sarip untuk melahirkan sebuah lagu single atau pun album studio.

“Sebenanrya saya ada menyatakan hasrat kepada Dato’ Ramli Sarip untuk merakamkan sebuah single atau pun album. Saya memang mempercayai Ramli Sarip untuk menjadi produser kepada album saya nanti.

“Namun semuanya masih dalam perancangan awal dan kami belum berbincang dengan serius lagi. Konsep juga belum difikirkan dan siapa tahu mungkin saya dan Ramli akan bergabung bersama dalam sebuah lagu,” katanya kepada murai.com.my

Meskipun sudah agak lama tidak melahirkan lagu atau album baru,namun Nash yang popular dengan lagu Tiada Lagi Kidungmu itu memberitahu dia yakin masih ada lagi yang mengikuti dan menantikan produk baru daripadanya.

“Dalam bidang seni muzik ini tiada makna lambat atau cepat dan tua atau muda kerana apa jua produk seni muzik yang dikeluarkan ianya pasti akan boleh mengisi kehendak peminat muzik.

“Malah, dalam bidang ini juga tiada istilah pencen, walaupun saya dah meningkat usia tetapi jika sesebuah lagu itu dihasilkan dengan kualiti yang tinggi ianya tidak akan menjadi masalah.

“Saya juga tak sangka apabila saya buat persembahan nyanyian baru-baru ini saya rasa peminat saya lebih banyak dari dulu, malah peminat saya kini bertambah daripada semua golongan termasuk anak kecil juga,” jelasnya.

Mengenai perkembangan terbaru, Nash bakal memeriahkan perlancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bakal berlangsung dalam sebuah konsert di Dataran Merdeka pada 4 Januari 2014. Selain Nash konsert pelancaran itu turut menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza, Amy Search, Hafiz Suip, Dato’ JamalAbdillah, Nash, Najwa Latiff, Azlan & The Type Writer, Khatijah Ibrahim dan ramai lagi.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers