Video Majlis Perkahwinan Izzue Islam dan Awin

KUALA LUMPUR, 4 JUN 2013: Tanggal 2 Jun lalu, secara sahnya ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam bergelar suami kepada pengurus kumpulan itu sendiri, Awin. Majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan di Dewan N'dah Shah Alam pada jam 9.45 pagi, Ahad.

Dengan hanya sekali lafaz, Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 24 telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Waharudin Jonit dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar.


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Video, Majlis, Perkahwinan, izzue Islam, Dan, Awin


Izzue telah memberikan wang hantaran bernilai RM 11,111.11 dan menyerahkan 7 dulang hantaran kepada isterinya itu, seterusnya di balas dengan 8 dulang hantaran daripada pihak perempuan.

Mereka berdua telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup pada 1 Jun 2012 yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Majlis persandingan kedua mempelai telah diadakan pada sebelah tengah hari iaitu pada hari dan lokasi yang sama.

Khas untuk pembaca Murai, berikut adalah video majlis pernikahan dan resepsi Izzue Islam bersama pasangannya, Awin atau nama sebenarnya, Nurinafilah Waharudin.




Comments

  1. HENSEMNYER DIER... HAHAHAH MENANGIS LE WANITA2 DI LUAR SANA.. SALAM ISS.. SORI LAMBAT SINGGAH AGAK SIBUK SKET SEKARANG NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak... akak pun cakap dia hensem nie nak jeles niee hahehehehehe, memang menagis la selama nie pun, hmmm ok je tak per is faham, cuma skang nie perubahan tak banyak pun just domain name aja is tukar.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers