Nantikan Ahmad Idham dan Maya Karin Dalam MeleTOP

KUALA LUMPUR, 3 JUN 2013: Baru-baru ini, produser dan pengarah terkenal, Ahmad Idham ada meluahkan perasaan kecewanya dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan mempertikaikan fungsi badan berkanun itu kepada industri perfileman negara.

Idham yang bakal muncul dengan hasil karya terbarunya, Lari pada 6 Jun ini bakal muncul sebagai tetamu jemputan dalam rancangan MeleTOP, malam esok dan apa pula lagi yang akan diperkatakan lagi oleh pengarah box-office ini mengenai industri perfileman negara?


Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Nantikan, Ahmad Idham, Dan, Maya Karin, Dalam, MeleTOP


Selain itu, apa pula kata Ahmad Idham mengenai filem Lari lakonan Aaron Aziz, Erry Putra, Erin Malik, Dira Abu Zahar dan Hazama? Filem terbarunya ini dikatakan cuba lari dari isu Gangsterisme tetapi sebaliknya mengangkat isu pemerdagangan manusia. Mungkin Ahmad Idham akan berkongsi bersama para penonton lebih lanjut tentang filem arahan beliau ini nanti semasa di program MeleTOP.

Sementara itu, aktres jelita Maya Karin yang sudah lama tidak muncul di program-program di saluran Astro akan kembali menemui penonton juga sebagai tetamu jemputan dalam MeleTOP.

Kemunculan Maya Karin kali ini sedikit megubat rindu para peminatnya untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan terbaru selain Maya kini dalam kongsi mempromosikan single terbarunya yang berjudul 'Bintang Syurga'.

Nampaknya Maya kini kembali aktif dalam bidang nyanyian di mana sebelum ini Maya lebih fokus dengan kerjayanya sebagai seorang model dan pelakon sahaja.

Saksikan juga kemunculan dua kumpulan muzik yang cukup dikenali ramai terutamanya golongan-golongan muda iaitu Hujan dan Love Me Butch.

Kedua-dua kumpulan kini dalam rangka jelajah seluruh Malaysia bermula sejak 26 Mei 2013. Jelajah yang diberi nama "Sang Enemy Worldwide Transgression 2013" ini merangkumi lima negeri iaitu di Melaka, Teregganu, Kedah, Perak dan Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, MeleTOP minggu ini turut akan kongsi bersama info-info menarik, hangat dan hebat seperti Gosip MeleTOP, Parodi MeleTOP, Carta MeleTOP, Filem MeleTOP dan pelbagai lagi video-video yang menarik yang akan disiarkan nanti.

Jangan lupa untuk terus menyokong dan menonton program yang 'Trendy' lagi sensasi ini yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa, setiap hari Selasa bermula jam 10.00 malam di saluran Astro Ria (104).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers