BB Plaza diroboh awal tahun depan



KUALA LUMPUR: Kawasan Bukit Bintang, di sini bakal kehilangan satu tarikan apabila Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) yang berusia lebih 30 tahun dan menjadi antara pilihan pengunjung ibu kota, diruntuhkan bagi memberi laluan kepada projek Myrapid Transit (MRT).



Difahamkan, kerja meruntuh pusat beli-belah milik Uda Holdings Bhd (Uda) itu akan dijalankan awal tahun depan seperti dirancang, namun peniaga yang menyewa di situ sudah diarah mengosongkan bangunan menjelang Disember ini.


Perkara itu disahkan Naib Presiden Kanan Pengurusan Hartanah Uda, Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman yang menjelaskan kedudukan sebenar kepada 167 penyewanya dengan 60 peratus Bumiputera, selepas timbul beberapa kekeliruan.


“Mereka (penyewa) terkejut seperti kita terkejut apabila diberitahu perlu berbuat demikian (mengosongkan bangunan untuk diroboh)...menyerahkan ikon kita (ibu pejabat Uda di situ) yang sudah berada 38 tahun kepada projek ini.


“Tetapi, sebagai syarikat di bawah Kementerian Kewangan, kita akur projek ini adalah penting dan secara keseluruhanpun penyewa bersetuju ia adalah agenda nasional. BB Plaza perlu diruntuh untuk pembinaan stesen MRT yang mungkin terbesar di sini.


“Memang wujud kekeliruan apabila laporan sebelum ini menyebut BB Plaza tak perlu diroboh sedangkan dalam mesyuarat terakhir bersama MRT Corporation (MRT Corp) jelas kita perlu keluar pada hujung tahun ini. Bukan penyewa saja malah kami di bangunan Uda sendiri.


“Berikutan itu, pihak kami adakan perjumpaan bersama penyewa selepas mereka sebelum ini menghantar memorandum dan diberitahu (menerusi media) BB Plaza tak perlu dikosongkan. Kekeliruan itu diperjelaskan,” katanya.


Beliau ditemui pada sidang media selepas sesi dialog bersama penyewa BB Plaza yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Uda, Ahmad Abu Bakar, di sini semalam.


Laporan media sebelum ini menyebut MRT Corp sebagai berkata, hanya lima kios dan pemilik kedai yang beroperasi di laluan pejalan kaki di hadapan BB Plaza perlu ‘dibersihkan’ menjelang hujung bulan ini bagi membolehkan kerja awal pembinaan stesen dijalankan jangkaan mulai 2 Julai.


Notis mengenai pembangunan itu sudah diedar kepada penyewa selain bahagian lain yang terbabit adalah sebahagian tempat meletak kenderaan aras bawah tanah BB Plaza. Peniaga di dalam bangunan tidak perlu pindah, melainkan jika pembangunan semula dijalankan.


Bagaimanapun, MRT Corp tidak berhasrat memiliki bangunan berkenaan atau membangunkannya semula, namun terdapat beberapa pihak sudah menyatakan hasrat untuk tujuan berkenaan termasuk Tradewinds Corporation Bhd.


Menjelaskan lebih lanjut, Syed Ahmad Nazri berkata, setakat ini tiga penyewanya di laluan pejalan kaki sudah menerima notis berpindah sebelum akhir Julai, manakala penyewa lain khususnya di dalam bangunan tidak diarah berbuat demikian sehingga hujung tahun.


“Penyewa menuntut bertemu dan berbincang dengan MRT Corp. Kami akan aturkan dan perlu seminggu untuk mengurus pertemuan berkenaan. Itu keutamaan kami. “Sama ada perlunya penyewa dipindahkan ke tempat lain, buat masa ini pusat perniagaan lain yang ada seperti di Kompleks Pertama dan Pudu Sentral tiada kekosongan, tetapi berjanji akan mengutamakan peniaga ini sekiranya mereka dipindahkan.


“Penyewa juga menuntut kami menyampaikan kepada MRT Corp supaya projek di lambatkan (sehingga Aidilfitri) dan kita akan cuba meminta ditunda. Tapi, projek ini pun telah tertangguh selama sembilan bulan. Apapun, itu keutamaan kami (minta tangguh kerja pembinaan),” katanya.


Dah elok-elok buat nak pegi robohkan pulak. Iskiskisk kalau aku yang jadi kontraktor tuw memang aku gelak puas-puas punya, untung gila buat pastu roboh pastu buat lagi, nak bina ka, nak roboh ka, nak bina semuala kan janji korang bayar, kerja tetap jalan  business is business.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers