18 September mula bicara



KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam menetapkan 18 September depan untuk sebutan kes khalwat membabitkan pelakon dan penyanyi, Beego atau nama sebenarnya, Md Aszerul Nizam Abdullah bersama dua rakan lelakinya.



Pada prosiding semalam, Beego dan dua rakannya itu baru melantik Fakhrul Azman Abu Hasan untuk mewakili mereka.


Fakhrul Azman kemudian memohon satu tarikh lain kerana mahu membuat representasi dan mendapatkan dokumen berkaitan kes itu.


Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membenarkan permohonan itu selepas Pegawai Pendakwa Jabatan Islam Selangor (Jais), Shafezan Rusli tidak membuat bantahan. Perbicaraan kes itu sepatutnya bermula semalam dan pendakwaan memaklumkan pihaknya membawa seorang saksi. Akhbar sebelum ini melaporkan pada 8 Mei lalu Beego, 32, dan dua pekerja swasta, Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad, masing-masing berusia 20-an mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkhalwat. Bagaimanapun, dua lagi kenalan wanita mereka, Azlina Yazit@Aziz dan Hadijah Mohamad Mohar didenda RM3,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah berkhalwat dengan tiga tertuduh lelaki berkenaan di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini, jam 6 pagi, 23 Februari 2011. Mereka membayar denda berkenaan.


Hmmm takkan tuduhan berkhalwat kalau dah kena tangkap dalam kondo? Dunia dunia. Beego nie pun satu berlakon macamana sekalipun, tetap keras tak boleh bawak watak langsung.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers