Tauke nekad lawan penyamun berpistol



HULU SELANGOR: Seorang peniaga nyaris maut selepas dua lelaki yang menyamun kedai runcitnya di Rasa, di sini melepaskan tembakan selepas mereka bergelut, malam kelmarin.



Dalam kejadian jam 11.35 malam itu, dua lelaki masing-masing memakai topi keledar berpenutup penuh masuk ke dalam kedai runcit mangsa sambil mengacukan pistol.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, ketika kejadian, mangsa yang berusia 48 tahun sedang mengemas kedainya.


“Seorang suspek kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai sambil mengacukan pistol ke arah mangsa. Manakala seorang lagi menyelongkar kaunter wang.


“Mangsa yang menyangka pistol berkenaan palsu tidak mengendahkan permintaan itu sebaliknya cuba melawan hingga berlaku pergelutan. Dalam pergelutan itu, suspek melepaskan tembakan dan terkena pada dinding kedai,” katanya ketika dihubungi semalam.


Menurutnya, mangsa kemudian dibelasah menggunakan senjata berkenaan menyebabkannya cedera pada kening kiri.


Norel berkata, suspek kemudian melarikan diri tanpa mendapat sebarang barang berharga atau wang tunai.


“Suspek dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya.


Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu sebelum sepasukan polis dan forensik menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut mengenai kejadian itu.


Beliau berkata, sehingga kini usaha memburu suspek sedang dijalankan.


Hmmm ini yang susah nie kalau dah pistol betul dah dijual macam pistol mainan kat pasaran-pasaran gelap.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers