Rakyat Pakistan, 2 anak maut terjun bangunan



KUALA LUMPUR — Seorang lelaki Pakistan dan dua anaknya ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 21 kondominium Langat Jaya, di Batu 9, Cheras di sini semalam.



Mayat Ismail Khan, 39, dan anak lelakinya Mohd Faizal, 9, serta anak perempuannya Aqsa Khan Ismail Khan, 6, ditemui pada pukul 8.30 malam oleh seorang pengawal keselamatan kondominium itu.


Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab. Rashid Ab. Wahab berkata Ismail yang telah tiga tahun menganggur sering bergaduh dengan isterinya.


"Isterinya yang tinggal berasingan dan bekerja sebagai eksekutif kanan telah failkan perceraian pada tahun lepas dan kes itu akan dibicarakan pada Ogos,” katanya.


Beliau berkata Ismail yang tinggal di tingkat lima kondominium itu dipercayai membawa dua anaknya ke tingkat paling tinggi bangunan berkenaan sebelum terjun kerana beg sekolah seorang daripada anaknya ditemui di situ.


"Isteri mangsa pernah buat laporan polis pada tahun lepas yang mengatakan suaminya pernah bawa anak-anak ke tingkat 21 untuk cuba bunuh diri,” katanya.


— BERNAMA


Iskiskisk... yang pi terjun bagunan tu kenapa? Tapi betul ke dorang nie terjun bagunan setahu aku Pakistan ni cukup kuat pegangan Islam takkan dorang sanggup terjun kalau tadak yang memaksa? Nampak sangat macam cerita dalam tv tu kan?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers