SOP aktiviti penggambaran industri kreatif akan diputuskan - KKMM #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa

SOP aktiviti penggambaran industri kreatif akan diputuskan - KKMM Prosedur Operasi Standard (SOP) aktiviti penggambaran bagi penggiat industri kreatif negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diputuskan dalam masa terdekat.

SOP aktiviti penggambaran industri kreatif akan diputuskan - KKMM Prosedur Operasi Standard (SOP) aktiviti penggambaran bagi penggiat industri kreatif negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan diputuskan dalam masa terdekat.


Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyatakan cadangan SOP itu telah dibawa untuk pertimbangan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

"Walau bagaimanapun, mesyuarat ini akan memutuskan pelaksanaan SOP itu dalam masa terdekat, iaitu setelah meneliti impak pelaksanaan PKPB dan kesan pembukaan semula operasi sektor ekonomi," menurut KKMM dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kementerian menerima permohonan daripada pelbagai persatuan bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan aktiviti penggambaran sewaktu tempoh pelaksanaan PKPB.




Kementerian juga telah menelitil pelbagai cadangan SOP bagi aktiviti penggambaran yang diterima daripada persatuan filem tempatan dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“KKMM akan sentiasa berusaha bagi memastikan industri kreatif terus berkembang pesat dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara,” menurut kenyataan itu.

Kelmarin, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London dalam laman Facebook miliknya merayu agar kementerian berkaitan turut memberi kelonggaran kepada penggiat seni negara melakukan aktiviti penggambaran dan bersedia mengikut SOP yang ditetapkan.

"Kami penggiat seni nak ‘shooting’ (penggambaran) minggu ini. Kami bersedia dan akur dengan SOP yang ada. Mohon kelulusan," katanya dalam hantaran itu.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers