Ingkar PKPB kini boleh didenda, penjara - Ismail Sabri #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa

Ingkar PKPB kini boleh didenda, penjara - Ismail Sabri. KERAJAAN mengumumkan fasa nasihat dan amaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini sudah berakhir.

Ingkar PKPB kini boleh didenda, penjara - Ismail Sabri. KERAJAAN mengumumkan fasa nasihat dan amaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini sudah berakhir.


Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang ingar peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat yang dilakukan pihaknya pada pagi Selasa.

"Setakat hari ini, di fasa ini, pihak PDRM hanya memberi nasihat dan amaran. Oleh itu, dalam mesyuarat pagi tadi, kita telahpun memutuskan bahawa fasa nasihat dan memberi amaran telah berakhir.

"Dan saya ingin ingatkan di bawah Akta 342, kesalahan melangar SOP dan peraturan di bawah akta ini, hukumannya kompuan RM1,000 dan jika dibawa ke mahkahah, hukuman RM1,00 maksimum atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali," ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail tidak menolak kemungkinan PKPB ditukar semula menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagaimana dikuatkuasakan menerusi tiga fasa bermula 18 Mac lalu.




Ujarnya, dia bimbang melihat tindak-tanduk orang ramai yang menganggap PKPB sebagai satu tiket kebebasan.

Malah katanya, segala keputusan kerajan selepas ini bergantung kepada kepatuhan orang ramai terhadap SOP yang dikuatkuasakan dalam PKPB.

"Kita lihat rakyat seolah-olah anggap PKPB ini sudah tiada undang-undang. Ramai bebas, rasa seperti kebebasan tanpa syarat dan ambil kesempatan untuk keluar beramai-ramai.

"Apabila kita melonggarkan, kita mahu rakyat patuh peraturan kerana bimbang ada kes baru. Saya ingin beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh kekal terus, mungkin boleh diperketatkan semula.

"Ini tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini mendapat sedikit kelonggaran. Kalau berlaku banyak ketidakpatuhan, bukan perkara mustahil akhirnya PKP seperti fasa satu, dua dan tiga diperkenalkan semula.

"Kalau ingin terus PKPB daat kita nikmati dan selepas itu mungkin ia boleh ditamatkan, ia bergantung kepada pematuhan oleh rakyat. Jika tidak, tak mustahil kebali ke PKP yang asal dan membataskan kembali pergerakan kita," ujarnya.

Ismail turut mengulas isu tular kehadiran orang ramai berkumpul di sebuah gerai di Kampung Pandan seperti suasana bazar Ramadan.

Ujarnya, dia menyangka video itu palsu dan hanya dimaklumkan mengenai kesahihannya selepas menghubungi sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers