Hanya 16 kes baharu, angka paling rendah setakat ini, tiada kematian direkodkan #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa

Hanya 16 kes baharu, angka paling rendah setakat ini, tiada kematian direkodkan PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Selasa menyaksikan pertambahan 16 kes baharu, sekaligus merekodkan kes harian terendah yang pernah dicapai sejak kebelakangan ini.

Hanya 16 kes baharu, angka paling rendah setakat ini, tiada kematian direkodkan PERKEMBANGAN terkini mengenai Covid-19 di Malaysia setakat Selasa menyaksikan pertambahan 16 kes baharu, sekaligus merekodkan kes harian terendah yang pernah dicapai sejak kebelakangan ini.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan virus itu sebanyak 6,742 kes.

"Manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,410 kes," katanya dalam sidang media harian Covid-19 ada Selasa.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 16 kes baharu yang dilaporkan, terdapat tiga kes import dan 13 penularan tempatan, dengan membabitkan sembilan kes bukan warganegara Malaysia.





Beliau juga memaklumkan tiada kes kematian terbaharu akibat Covid-19 di negara ini direkodkan pada Selasa.

"Justeru, ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 109 kes," tambahnya.

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata, terdapat 16 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, katanya, tiga kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut beliau lagi, sebanyak 110 kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj pada Selasa.

"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj adalah sebanyak 5,223 kes," kata Dr Noor Hisham.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers