JKNT nafi kes COVID-19 di Pasar Borong Gong Pauh #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa
JKNT nafi kes COVID-19 di Pasar Borong Gong Pauh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini menafikan maklumat yang tular di Facebook kononnya terdapat kes COVID-19 di Pasar Borong Gong Pauh di sini, iaitu dalam kalangan pemandu lori sayur dari Selayang, Selangor.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata sebenarnya, aktiviti saringan yang dijalankan terhadap peniaga di pasar berkenaan hari ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan proaktif dilakukan pihaknya untuk mencegah penularan wabak itu di negeri ini.
"Pihak jabatan menafikan sepenuhnya kenyataan yang tular itu...saringan tersebut dilakukan untuk mengekalkan status zon hijau di Terengganu.
"Pasar Borong Gong Pauh dipilih sebagai lokasi saringan kerana ia berisiko sebagai pusat penularan memandangkan ia merupakan tempat tumpuan ramai dan sentiasa sesak dengan pengunjung," katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, JKNT meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak sahih dan tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.