PKPB: Selangor masih kekal tidak benarkan orang awam solat Jumaat #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa
PKPB: Selangor masih kekal tidak benarkan orang awam solat Jumaat. Selangor masih mengekalkan keputusan untuk tidak membenarkan solat Jumaat bagi orang awam di masjid dan surau di negeri ini, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataan memaklumkan, bagaimanapun solat Jumaat hanya dibenarkan dilakukan oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan imam dalam jumlah tiga hingga 12 orang sahaja mulai esok.
“Hanya AJK masjid dan imam dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidilfitri di masjid negeri, masjid diraja serta masjid daerah,” jelas kenyataan itu di sini, hari ini.
Kenyataan itu memberitahu bahawa ketetapan itu dibuat selepas hasil perbincangan antara Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan JAIS mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sebarang ketetapan terbaharu mengenai isu itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, menurut kenyataan itu.
Pada 13 April, Sultan Sharafuddin menitahkan agar solat Jumaat, solat berjemaah dan aktiviti ceramah di masjid, surau dan musollah, di Selangor ditangguhkan sehingga 31 Mei ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.