Operasi Air Raya 2020, elak gangguan pada musim perayaan - JAS #covid19 #RamadanMubarak #malaysia #kitajagakita #adele #beritaviral #korbankasih #bukangadisbiasa

Operasi Air Raya 2020, elak gangguan pada musim perayaan - JAS Bagi memastikan kelangsungan pembekalan air terawat kepada pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan musim perayaan nanti, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan Operasi Air Raya 2020 di seluruh negara mulai hari ini hingga 29 Mei. 

Operasi Air Raya 2020, elak gangguan pada musim perayaan - JAS Bagi memastikan kelangsungan pembekalan air terawat kepada pengguna sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan musim perayaan nanti, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaksanakan Operasi Air Raya 2020 di seluruh negara mulai hari ini hingga 29 Mei.


Ketua Pengarah JAS Norlin Jaafar berkata program penguatkuasaan itu bertujuan mencegah isu-isu pencemaran air sungai dengan memfokuskan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya kepada premis atau punca-punca pencemaran yang terletak di hulu takat pengambilan air.

Norlin berkata program penguatkuasaan berkenaan melibatkan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Badan Kawal Selia Air Negeri, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Pihak Berkuasa Tempatan, operator loji rawatan air dan lain-lain agensi di peringkat negeri. 

Beliau berkata pasukan tindakan khas JAS juga sentiasa bersedia 24 jam bagi menjalankan penguatkuasaan dan siasatan terhadap kes-kes pencemaran yang dikategorikan sebagai kecemasan dan berkepentingan awam yang memerlukan tindakan segera.




“Pihak industri dan sektor-sektor yang beroperasi sepanjang tempoh PKPB terutamanya yang terletak di hulu takat pengambilan air hendaklah sentiasa memastikan pelepasan air buangan mematuhi piawai yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Selain itu, pengurusan buangan terjadual perlu diberi perhatian yang serius dan hendaklah diurus dengan baik mengikut undang-undang dan garis panduan serta dikitar semula atau dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh JAS sahaja. 

“Ini kerana buangan terjadual yang mempunyai ciri-ciri berbahaya boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada manusia serta pencemaran air, udara dan tanah. Pihak industri dilarang sama sekali melupuskan buangan terjadual secara haram,” katanya.  

JAS turut mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati menyebabkan pencemaran air sungai.

Orang ramai boleh melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar kepada JAS melalui talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my 

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers